TikTok setuju bayar saman lebih RM1.6 bilion

WorldTechnology
22 Aug 2026 • 4:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: TikTok setuju bayar saman lebih RM1.6 bilion

SAN FRANCISCO – TikTok dan syarikat induknya, ByteDance bersetuju membayar AS$400 juta (RM1.61 bilion) bagi menyelesaikan saman  Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung dakwaan ia melanggar undang-undang privasi kanak-kanak, kata DOJ semalam.

“Di bawah penyelesaian dipersetujui, TikTok akan membayar AS$300 juta (RM1.21 bilion) dengan serta-merta dan tambahan AS$100 juta (RM 403 juta) lagi selepas perintah membatalkan dekri  persetujuan terdahulu terhadap pendahulu TikTok, Musical.ly dikeluarkan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Ia merupakan ‘salah satu pemerolehan terbesar pernah direkodkan’ berhubung kes melibatkan Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-Kanak (COPPA), tambah kenyataan sama.

COPPA melarang tapak web daripada mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tanpa kebenaran ibu bapa.

Jabatan Kehakiman dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan secara bersama menyaman TikTok pada tahun 2024, mendakwa  platform tersebut  membahayakan keselamatan berjuta-juta kanak-kanak dengan mengumpul data peribadi mereka tanpa kebenaran ibu bapa.

TikTok tidak segera mengulas laporan tersebut. – AFP

The post TikTok setuju bayar saman lebih RM1.6 bilion appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved