Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

13 Oct 2026 • 3:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang anjing liar, pasti ramai yang sudah terbayang karakter segelintir haiwan itu yang garang dan agresif lebih-lebih lagi apabila bergerak dalam kumpulan.

Meskipun ada yang takut pada manusia, namun ada juga yang boleh menimbulkan ancaman lebih-lebih lagi apabila ia mula menunjukkan taring dengan mengejar sasarannya.

Wanita Kongsi Rakaman CCTV Anak Dikejar 3 Ekor Anjing Ketika Pergi Kelas Mengaji

Malam tadi (12 Oktober), tular di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai kejadian anak perempuannya dikejar tiga ekor anjing ketika sedang dalam perjalanan pergi kelas mengaji.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @nurulsyazwani.razali, wanita yang dikenali sebagai Syazwani itu turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan situasi mencemaskan itu.

“Anak nak mengaji pon tak aman. Anjing liar masuk taman,” tulisnya.

Melalui rakaman CCTV yang dimuat naik, kelihatan anak Syazwani yang dikenali sebagai Orked sedang berjalan di lorong hadapan rumah mereka ketika dalam perjalanan menuju ke rumah ustazahnya.

Namun secara tiba-tiba, datang tiga ekor anjing mengejar Orked sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu terjatuh sewaktu berlari untuk menyelamatkan diri dengan berpatah balik ke rumahnya.

Rider Food Panda Bantu Halau Anjing

Apa yang menjadi perhatian adalah pada ketika itu terdapat seorang penghantar makanan baru selesai menjalankan tugasnya di rumah Syazwani.

Menyedari bahaya yang sedang menimpa, rider berkenaan dilihat pantas menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan menghalau haiwan berkenaan.

Penghantar makanan itu kemudiannya terus mengangkat Orked yang menangis ketakutan.

Tindakan pantas rider berkenaan menyebabkan Syazwani menzahirkan ucapan kepada rider tersebut kerana membantu menyelamatkan anaknya.

“Terima kasih abang Food Panda tolong anak saya terjatuh kena kejar anjing tu. Terima kasih sangat-sangat,” tulisnya

Kongsi Syazwani di ruangan komen, dia sememangnya mencari penghantar makanan terbabit kerana baginya, anaknya mungkin akan mengalami kecederaan lebih teruk tanpa kehadiran rider berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 7.48 malam pada 12 Oktober di Taman Andalas Jaya, Klang.

View on Threads

Kanak-Kanak Trauma, Turut Alami Luka Pada Badan

Kongsi Syazwani kepada BuzzKini, anak kedua dari tiga beradik itu kini trauma dan takut untuk pergi kelas mengaji secara sendirian selepas kejadian berkenaan.

Malah, Orked turut mengalami luka pada lutut, tangan dan siku selepas terjatuh dikejar haiwan terbabit.

Jelas Syazwani lagi, kawasan kediamannya itu sebelum ini tidak pernah dihadiri oleh haiwan berkenaan namun segalanya berubah sejak setahun lalu.

Malah, jirannya juga ada memberitahu bahawa terdapat banyak anjing berkeliaran di kawasan rumah mereka pada waktu petang sehingga ada kanak-kanak yang turut menjadi mangsa dikejar haiwan berkenaan.

Warganet Beri Pelbagai Reaksi Insiden Kanak-Kanak Dikejar Anjing Ketika Pergi Kelas Mengaji

Perkongsian yang telah mendapat lebih 639,000 itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pantas penghantar makanan berkenaan yang membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Malah, ramai juga yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada rider berkenaan atas bantuannya itu.

Pada masa sama, ada juga warganet yang menzahirkan rasa risau sebaik melihat kejadian yang menimpa kanak-kanak terbabit serta mencadangkan agar kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Abang Rider Bukan Setakat Hantar Makanan, Tetapi Siap Jadi Hero Taman, Semoga Dimurahkan Rezeki Abang Tu Seluas-Luasnya”

Image from: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

“Ya Allah Adik, Alhamdulillah Ada Abang Food Panda, Ada Bukti Macam Ini Baru Orang Nak Percaya”

Image from: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

“Weh Sampai 2 Ekor Kejar Budak Tu, Kalau Kena Memang Terjadi Lagi Kes Tragedi”

Image from: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

“Terima Kasih Abang Food Panda, Sis Kena Belanja Abang Panda Ini, Dia Sangat Bertanggungjawab Lindung Anak Puan”

Image from: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

“Ya Allah Kesiannya Dia, Terbayang Anak Sendiri, Semoga Allah Sentiasa Lindungi Anak Awak & Untuk Abang Food Panda, Semoga Allah Buka Pintu Rezeki”

Image from: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

“Report Sis, Majlis Datang Tangkap. Taman Saya Pun 2 Hari Juga Majlis Datang Ronda Tangkap Anjing”

Image from: Tindakan Pantas Rider Food Panda Bantu Kanak-Kanak Terjatuh Selepas Dikejar 3 Anjing Liar Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Anjing Liar Kejar Budak Sekolah, Majlis Perbandaran Pontian Sudah Ambil Tindakan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 5 Anjing Liar Serang Kanak-kanak 2 Tahun Diburu, Perlu Kenal Pasti Status Rabies

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved