Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan semangat mereka menjalani kehidupan. Malah mereka tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu alasan, sebaliknya pembakar semangat untuk terus maju ke depan.
Lelaki OKU penglihatan minta ditumpangkan untuk ke destinasi, sabar tunggu di tepi jalan
Baru-baru ini seorang lelaki OKU penglihatan telah menjadi perhatian apabila dia dilihat dengan sabar menunggu di tepi jalan untuk meminta pengguna jalan raya yang baik hati menumpangkannya ke suatu destinasi ketika berada berdekatan dengan jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Sepang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ellia Saheba di Threads, katanya dia terlihat seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan. Katanya, lelaki itu dipercayai sedang cuba menahan kenderaan untuk menumpang ke pasar malam Salak, Sepang, Selangor.
Berhenti untuk bantu lelaki OKU melintas jalan raya, rupanya cuba tahan kereta sebab nak tumpang ke pasar malam
Oleh itu, suami Ellia kemudian berhenti di tepi jalan untuk membantunya melintas jalan.
“Sebak wei hari ini. Abang ni berdiri dekat jalan ni, jalan tak ramai orang lalu. Cik Ya (Ellia) perasan dia tahan kereta orang, orang tak berhenti dan dia buta.
“Suami kata yeke, macam mana dia nak melintas tu, saya berhenti sekarang. Berlari suami (Ellia) pergi dan dia nak ke laluan (destinasi) lain, tapi kami nak ke tempat lain,” tulisnya dalam video.
Nak ke pasar malam untuk mencari rezeki
Kata Ellia, ketika melihat lelaki OKU berkenaan dia dan suami mahu menuju ke Salak Tinggi. Menurut Ellia lagi, lelaki tersebut mahu ke pasar malam untuk mencari rezeki bahkan dia juga memaklumkan sudah membawa segala peralatan untuk ke sana.
Walau bagaimanapun, tidak dimaklumkan pekerjaan lelaki OKU itu di pasar malam berkenaan.
“Dia nak ke Pasar Malam Pekan Salak. Saya pula nak ke Salak Tinggi. Berlari suami saya nampak dia sorang-sorang dekat situ. Dia nak pergi cari rezeki dekat pasar malam, alat-alat semua dah bawa. Jalan SMK Sepang.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan abang ni sampai ke tempat yang dituju. Lindungilah dia, ya Allah,” katanya lagi.
View on Threads
Ramai tersentuh lihat lelaki OKU sabar tunggu kereta untuk tumpang ke pasar malam
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat lelaki OKU tersebut. Bahkan ada yang menyifatkan lelaki itu mempunyai sifat tawakal yang begitu tinggi kepada Allah SWT kerana masih berdiri di tepi jalan untuk mencari individu yang sudi menumpangkannya untuk ke pasar malam.
Tidak kurang ada yang mendoakan segala urusan Ellia dan suaminya dipermudahkan kerana telah membantu lelaki OKU penglihatan itu semampunya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menumpangkan lelaki tersebut untuk ke pasar malam yang sama. Katanya lelaki OKU penglihatan itu cuma dapat melihat secara samar sekiranya ada objek berdekatannya.
“Berapa tingginya tawakal dan yakinnya dia dengan Allah. Sampai dia sanggup berdiri dekat situ menanti ada insan berhati mulia tumpangkan dia”
![Image from: “Tingginya Tawakal”- Lelaki OKU Penglihatan Sabar Tunggu Untuk Minta Tumpangkan Ke Pasar Malam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-OKU-penglihatan-1.jpg)
“Allah, sedihnya rasa. Bagaimana dia jalan hari-hari lain. Doa luas rezeki, panjang umur dan dilindungi Yang Esa untuknya dan cik.”
![Image from: “Tingginya Tawakal”- Lelaki OKU Penglihatan Sabar Tunggu Untuk Minta Tumpangkan Ke Pasar Malam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-OKU-penglihatan-2.jpg)
“Sabar je dia tunggu orang ya. Terima kasih sebab tolong. Allah SWT hantar”
![Image from: “Tingginya Tawakal”- Lelaki OKU Penglihatan Sabar Tunggu Untuk Minta Tumpangkan Ke Pasar Malam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-OKU-penglihatan-3.jpg)
“Hm sedihnya nak menangis. Semoga urusan akak dan suami dipermudahkan selalu dan lampu isyarat hijau.”
![Image from: “Tingginya Tawakal”- Lelaki OKU Penglihatan Sabar Tunggu Untuk Minta Tumpangkan Ke Pasar Malam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-OKU-penglihatan-4.jpg)






