
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rata-rata orang pasti memasang impian untuk memiliki rumah pertama yang akan menjadi tempat untuk mereka membesarkan keluarga.
Tapi untuk buat keputusan nak beli rumah bukanlah perkara mudah yang perlu difikir secara masak-masak dan memerlukan banyak kajian.
Risau kalau silap buat pilihan, nanti banyak cerita pula nak tukar ke rumah yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Pempengaruh Kongsi 8 Perkara Yang Orang Ramai Kena Tahu Sebelum Beli Rumah
Mungkin ramai yang dah tahu tentang proses yang perlu dilakukan sebelum membeli rumah baharu termasuk dokumen yang diperlukan.
Tapi ada beberapa perkara lain juga yang sering terlepas pandang dan dianggap sebagai remah.
Pempengaruh yang juga merupakan seorang hos dan podcaster, Maggy Wang, menerusi hantaran di Instagram (@themaggywang) telah berkongsi perkara yang dia harap diketahui olehnya sebelum membeli rumah.
Katanya walaupun membeli rumah pertama merupakan salah satu pencapaian yang paling membanggakan, namun dia banyak mempelajari sesuatu hanya setelah proses pembelian selesai.
“Ini semua yang saya harap dapat tahu sebelum jadi pemilik rumah, dan saya harap ia berguna untuk anda,” katanya.
#1. Beli hartanah tak semestinya dapat buat duit
Maggy berkata jika membeli rumah untuk menetap di sana, utamakan gaya hidup terlebih dahulu.
Namun ini tidak bermakna nilai jualan semula harus diabaikan sama sekali. Manalah tahu kalau ada perubahan pelan pada masa hadapan kan?
Tambah wanita itu, dia membeli rumah di kawasan yang benar-benar digemari dan mempunyai potensi untuk berkembang pada masa hadapan.
Dia masih mementingkan hasil sewa dan nilai jualan semula walaupun rumahnya dibeli untuk diduduki sendiri.
#2. Survey rumah sebanyak mungkin
Jangan terus jatuh cinta dengan ‘rumah impian’ pertama anda. Kata Maggy, pemerhatian anda akan menjadi semakin tajam selepas anda survey lebih banyak rumah.
“Anda akan mula menyedari ‘red flag’, unit yang terlalu mahal dan tahu apa yang sebenar-benarnya berbaloi,” katanya.
Dia sendiri mengambil tempoh masa selama dua tahun untuk survey hartanah di kawasan berbeza sebelum membuat keputusan.

#3. Kos bukan hanya untuk pinjaman perumahan sahaja
Apabila membeli rumah, mestilah pembeli perlu mendapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank.
Perkara ini sendiri sudah memakan kos tinggi, lebih-lebih lagi apabila pinjaman mengenakan faedah yang tinggi.
Namun Maggy mengingatkan orang ramai bahawa ini bukan sahaja kos yang akan dikeluarkan. Sebaliknya ia merangkumi pelbagai kos tambahan termasuk duti setem, yuran guaman, yuran ejen, pengubahsuaian, penyenggaran dan cukai.
Jika dibandingkan, menyewa pasti adalah lebih murah berbanding membeli rumah sendiri. Penting untuk senaraikan segala kos tambahan sebelum membuat keputusan membeli rumah pertama.

#4. Jangan ambil nilai pinjaman maksimum
Bagi pinjaman perumahan, jumlah yang diberikan oleh pihak bank adalah berdasarkan kepada pendapatan bersih seseorang.
Namun anda tidak sepatutnya mendapatkan pinjaman maksimum yang ditawarkan tanpa mengambil kira tabiat perbelanjaan dan gaya hidup.
Menurut Maggy, jumlah pinjaman yang bersesuaian sepatutnya dipilih berdasarkan bayaran semula yang anda selesa untuk terus bayar bagi tempoh 30 tahun.
#5. Bukan hanya survey rumah, tetapi kawasan sekeliling juga
Membuat keputusan untuk membeli hartanah bukan hanya datang dengan rumah baharu, tetapi juga keadaan sekelilingnya.
Jika anda berminat dengan sesebuah rumah, cuba lawat kawasan tersebut pada waktu yang berlainan agar dapat mengenal pasti jika keadaan persekitarannya bersesuaian dengan apa yang anda harapkan.

Boleh juga dapatkan ulasan daripada kenalan atau orang lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.
Buat Maggy, dia telah menyewa sekitar tiga tahun di kawasan berkenaan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah sendiri.
“Jadi saya dah tahu gaya hidup, keadaan trafik dan sebarang bunyi bising di kawasan tersebut. Saya tidak membuat anggapan, tetapi saya pasti,” jelasnya.
#6. Berhati-hati dengan bajet apabila lakukan pengubahsuaian
Selalunya apabila beli rumah yang pernah diduduki, mesti kena buat pengubahsuaian sama ada kecil mahupun besar.
Jangan anggap pengubahsuaian ini hanya akan mengambil kos yang rendah.
Sewaktu proses pengubahsuaian dilakukan, wanita itu juga sentiasa meninjau keadaan di rumahnya kerana sebarang kesalahan pasti akan memakan kos tambahan.

#7. Jangan kongsi beli rumah dengan teman wanita/ lelaki
Pembelian rumah yang dikongsi antara suami dan isteri adalah perkara yang biasa dilakukan.
Namun Maggy mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi membeli rumah dengan teman wanita atau lelaki, tidak kira walaupun sudah lama bersama.
Walaupun dapat berkongsi pembayaran pinjaman, namun tiada sebarang undang-undang yang akan melindungi mana-mana pihak sekiranya hubungan itu terputus.
#8. Beli rumah hanya apabila benar-benar bersedia
Di samping itu, pempengaruh itu berkata membeli rumah sememangnya salah satu pencapaian hidup yang amat membanggakan.
Namun tidak memiliki rumah sendiri tidak meletakkan seseorang itu pada tahap yang rendah berbanding mereka dengan hartanah.
“Beli hanya apabila anda bersedia. Bukan kerana tekanan masyarakat,” katanya.
Maggy turut menekankan bahawa dalam sesetengah kes, menyewa rumah adalah pilihan yang lebih baik.
Semak Kerosakan Pada Rumah Sebelum & Selepas Urusan Pembelian Selesai
Selain peringatan yang disenaraikan di atas, pembeli juga diingatkan untuk melakukan perkara berikut sebelum membeli rumah:
- Beli rumah setanding dengan kemampuan kewangan.
- Fahami dokumen pinjaman perumahan.
- Semak kerosakan pada rumah.
- Fahami dokumen jual beli beli rumah.
- Semak maklumat pindahan milik rumah.
Dalam masa sama, orang ramai diingatkan bahawa proses pembelian rumah tidak terhenti sebaik sahaja dokumen ditandatangani.
Antara perkara yang perlu dilakukan setelah menerima kunci rumah adalah:
- Semak kerosakan (defect) pada rumah, walaupun ia baharu dibina.
- Bayaran deposit kepada pemaju.
- Sebelum mengubah suai rumah, bayar permit sebanyak RM1,000 kepada majlis perbandaran.
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat



![Tips Kehamilan: Doktor Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

