
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut tentang kek dan kucing, korang tahu tak apa persamaan mereka? Kedua-duanya boleh membuat sesiapa yang melihat berasa teruja, ‘cair’ dan terus rasa mahu memiliki.
Siapa sahaja yang tidak suka dengan pencuci mulut seperti kek dan haiwan comel seperti kucing? Tetapi agak mustahil untuk melihat kedua-duanya dalam satu masa, kan?
Kini, korang boleh melihat kedua-duanya apabila rangkaian jenama kafe kek popular Malaysia, Secret Recipe tampil dengan kelainan menerusi kolaborasi istimewa bersama watak komik digital tempatan popular, Bichi Mao.
Secret Recipe x Bichi Mao, Rai Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia & Ulang Tahun Secret Recipe Yang Ke-28
Hari ini (30 Julai), Secret Recipe secara rasminya mengumumkan kolaborasi bersama Bichi Mao sempena Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia dan ulang tahun Secret Recipe yang ke-28.
Majlis pelancaran yang diadakan di Secret Recipe cawangan Pusat Beli Belah 1 Utama telah memperkenalkan barangan dan menu istimewa bertemakan kek dan kucing yang menanti pelanggan sepanjang kempen berlangsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe, Patrick Sim, kolaborasi ini melambangkan semangat mereka dalam menyokong jenama tempatan yang selari dengan Secret Recipe.
“Kami sangat berbangga dengan kolaborasi ini bersama Bichi Mao. Ia kreatif, comel dan penuh karakter. Apa yang lebih penting, kerjasama ini mencerminkan semangat kami dalam menyokong jenama tempatan, sama seperti perjalanan Secret Recipe sendiri.
“Sama ada anda datang kerana kek atau wataknya, kami harap dapat menawarkan sesuatu yang boleh menggembirakan disamping mengekalkan identiti sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas Bichi Mao, Olive Yong dan pengasas bersama, Wee Lim menganggap kerjasama ini sesuatu yang amat bermakna dan luar biasa bagi mereka.
“Sejak kecil, Secret Recipe memang dekat di hati dan sebahagian daripada kenangan zaman kanak-kanak kami. Bekerjasama dengan mereka sangat luar biasa dan amat bermakna.
“Kami cipta rekaan kotak kek, koleksi barangan, dan pelekat kaunter kek dan ia menjadi lebih istimewa kerana kolaborasi ini bersama jenama yang cukup bermakna untuk rakyat Malaysia. Kerjasama ini sememangnya impian yang menjadi kenyataan,” kata mereka lagi.

Tawar Barangan Eksklusif & Sweet Mao-Ments Kepada Pelanggan Sempena Kolaborasi
Sempena jalinan kolaborasi istimewa ini, pelanggan berpeluang memiliki koleksi barangan eksklusif selain merasai suasana baharu di outlet terpilih dengan hiasan kucing yang comel bermula 15 Ogos sehingga 15 November 2025.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang menikmati kejutan eksklusif apabila meraikan sweet mao-ments bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.


Malah, terdapat pencuci mulut istimewa, Bichi Mao Panna Cotta yang sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur sepanjang kempen berlangsung.
Pencuci mulut yang cute, manis dan insta-worthy ini hanya boleh dinikmati di outlet terpilih dengan harga RM16.
Selain itu, turut terdapat hiasan istimewa lengkap dengan tray, serviette dan mahkota kertas comel bagi menu kanak-kanak bertemakan Bichi Mao yang pastinya membuatkan si cilik berasa teruja!


Bagaimana Pelanggan Boleh Dapatkan Barangan Eksklusif Secret Recipe x Bichi Mao?
Mesti ada yang dah excited mahu memiliki koleksi barangan eksklusif sempena Secret Recipe x Bichi Mao ini.
Buat yang tertanya-tanya bagaimana mahu memiliki barangan eksklusif ini, caranya adalah:
- Pembelian menu utama: pelanggan akan menerima kertas pelekat secara percuma. Bagi ahli SR pula, anda akan memiliki koleksi pelekat tambahan yang datang dengan rekaan berbeza pada setiap bulan.
- Belanja minimum RM40: pelanggan berpeluang menerima barangan istimewa seperti poskad, pelekat kereta dan rantai kunci yang ditawarkan secara bergilir-gilir.
- Beli satu kek penuh: pelanggan berpeluang mendapat magnet percuma bermula 15 Ogos hingga 15 November.
- Beli dua potong kek: korang boleh membeli Cat-in-a-Cake Plush Keychains hanya dengan harga RM28. Jika tidak mahu membeli kek, korang boleh membelinya dengan harga RM50.

Menariknya, koleksi Cat-in-a-Cake Plush Keychains ini tak sama setiap bulan dan stok adalah terhad!
- Mao-Cadamia (15 Ogos – 14 September)
- Choco-Mao (15 September – 14 Oktober)
- Mao-Velvie (15 Oktober – 15 November)
Selain itu, terdapat barangan lain seperti pin enamel yang dijual dengan harga RM18 setiap satu manakala set topper kek dijual dengan harga RM8.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Secret Recipe.


Baca Artikel Berkaitan: Sempena Bulan Ramadan, Mira Filzah Kongsi Nasi Kerabu Kegemarannya Bersama Secret Recipe
Baca Artikel Berkaitan: Makanan & Muzik Bersatu, Secret Recipe Jalin Kolaborasi Bersama Universal Music Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Secret Recipe Perkenal Kek Strawberry Rose, Boleh Didapati Bermula 12 Disember



![Tips Kehamilan: Doktor Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)


