TNB perkukuh operasi grid hadapi perubahan landskap tenaga ASEAN

21 Aug 2026 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TNB perkukuh operasi grid hadapi perubahan landskap tenaga ASEAN Image from: TNB perkukuh operasi grid hadapi perubahan landskap tenaga ASEAN liza21/08/2026 - 14:20

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Kecemerlangan operasi perlu melangkaui kecekapan kos untuk memperkukuh daya tahan grid, meningkatkan sistem secara masa nyata dan menyokong integrasi tenaga boleh baharu yang selamat dan boleh dipercayai, seiring dengan landskap tenaga ASEAN yang terus berkembang.

 

Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Dr Mohd Fadzil Mohd Siam berkata peningkatan kesalinghubungan sistem tenaga dan peralihan tenaga yang semakin pesat memerlukan syarikat utiliti untuk membina ketangkasan yang lebih teguh terhadap persekitaran operasi yang pesat berubah.

 

Bercakap pada Sidang Kemuncak Kecemerlangan Operasi ASEAN ke-3 2026 (OPEX 2026) di sini baru-baru ini, beliau berkata, bagi TNB, transformasi dipacu oleh pengintegrasian data, teknologi digital dan analitik termaju dalam operasi grid harian.

 

OPEX 2026 menghimpunkan syarikat utiliti serantau dan pemimpin industri untuk bertukar-tukar pandangan serta amalan terbaik dalam memperkukuh prestasi operasi ketika landskap tenaga rantau ini berubah dengan pantas.

 

Mohd Fadzil berkata pelaburan berterusan dalam pemodenan rangkaian, pengurusan aset secara ramalan dan peningkatan keupayaan tindak balas terhadap insiden membolehkan TNB meningkatkan kebolehpercayaan, meminimumkan gangguan perkhidmatan dan membekalkan tenaga elektrik yang selamat serta berdaya tahan kepada komuniti dan ekonomi yang disokongnya.

 

t
Dr Mohd Fadzil Mohd Siam 

 

t

 

“Pelaburan dalam modal insan juga tidak kurang pentingnya walaupun teknologi memang menjadi pemangkin utama, namun tenaga kerja yang berkemahiran dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi tetap diperlukan bagi memastikan operasi syarikat berjalan dengan baik.

 

"TNB terus memperkukuh kemampuan teknikal melalui peningkatan kemahiran secara berterusan, pemerkasaan digital serta budaya kukuh yang mengutamakan keselamatan, inovasi dan penambahbaikan berterusan," katanya.

 

Mohd Fadzil turut menekankan bahawa masa depan tenaga ASEAN bukan sahaja dibentuk oleh kemajuan teknologi malah melalui kerjasama serantau yang lebih teguh.

 

"Melalui perkongsian ilmu, penanda aras operasi dan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan syarikat utiliti ASEAN, TNB kekal komited untuk memajukan sistem tenaga serantau yang lebih berdaya tahan, mampan dan saling berhubung yang menyokong keterjaminan tenaga jangka panjang serta kemakmuran bersama," katanya. – BERNAMA
 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved