Trafik arah selatan sesak, warga Singapura pulang selepas cuti Hari Kebangsaan

10 Aug 2026 • 8:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trafik arah selatan sesak, warga Singapura pulang selepas cuti Hari Kebangsaan

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak susulan peningkatan jumlah kenderaan, terutama melibatkan warga Singapura yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti sempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu, semalam.

Menerusi siaran langsung seorang pengguna di TikTok, keadaan trafik sesak dilaporkan berlaku dari Nilai, sejak kira-kira pukul 10.30 pagi, terutama menghampiri Hentian Sebelah Kulai.

Difahamkan, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dilaporkan berlaku di susur Kulai menyebabkan pergerakan trafik semakin perlahan.

Menurut maklumat Lembaga Lebuh Raya, kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 26.2 arah Selatan dari Kulai ke Senai (Utara) kira-kira pukul 7.20 malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri terhalang, manakala trafik dilaporkan perlahan sehingga empat kilometer.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi had laju ditetapkan, selain berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.- KOSMO! ONLINE

The post Trafik arah selatan sesak, warga Singapura pulang selepas cuti Hari Kebangsaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved