PONTIAN - [DIKEMAS KINI] Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian mengesahkan kejadian berkenaan.
**media[3671610]**
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah
Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
**media[3671271]**
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
Difahamkan, ketiga-tiga beradik terbabit dalam perjalanan menuju ke sekolah.
**media[3671279]**
Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.
Sementara itu tular dakwaan mangsa tidak tahu sekolah ditutup akibat jerebu.
Video dan gambar yang memaparkan mangsa menaiki motosikal menuju ke sekolah sebelum berpatah balik dan terlibat dalam kemalangan ngeri itu turut tersebar di media sosial.






