Tribunal timbang tara mengarahkan Shapadu Energy membayar RM49.78 juta kepada OceanMight

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 5:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tribunal timbang tara mengarahkan Shapadu Energy membayar RM49.78 juta kepada OceanMight Image from: Tribunal timbang tara mengarahkan Shapadu Energy membayar RM49.78 juta kepada OceanMight johardy26/10/2026 - 17:30 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Okt - Tribunal timbang tara mengarahkan Shapadu Energy Services Sdn Bhd membayar RM49.78 juta kepada OceanMight Sdn Bhd iaitu anak syarikat KKB Engineering Berhad berkaitan pertikaian berhubung kerja penyambungan dan pentauliahan yang disubkontrakkan di Sarawak.

 

Tribunal timbang tara mengarahkan Shapadu Energy membayar OceanMight sejumlah RM49,782,250.08 berserta faedah 5% setahun dari tarikh award sehingga bayaran penuh dibuat, menurut makluman KKB kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Kedua-dua award itu bertarikh 12 Oktober 2026, manakala peguam memaklumkan keputusan tersebut kepada KKB pada 21 Oktober 2026.

 

 

 

 

 

 

 

 

OceanMight akan mengambil segala tindakan undang-undang yang perlu, termasuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award berkenaan melalui Mahkamah Tinggi.

 

Pertikaian itu berpunca daripada pelantikan Shapadu Energy oleh OceanMight sebagai subkontraktor bagi projek penyambungan dan pentauliahan di Sarawak menerusi surat anugerah bertarikh 23 Disember 2019 dan 14 Januari 2020, menurut pengumuman KKB pada 15 September 2023.

 

Dalam pengumuman terdahulu itu, KKB memaklumkan OceanMight telah menolak tuntutan Shapadu Energy menerusi surat peguam bertarikh 6 April 2023.

 

Shapadu Energy

 

Tuntutan kos menyiapkan projek

OceanMight ketika itu mendakwa Shapadu Energy melakukan pelanggaran asas terhadap kewajipannya di bawah kontrak sehingga OceanMight terpaksa mengambil alih kerja subkontrak untuk menyiapkan projek berkenaan.

 

OceanMight memulakan prosiding timbang tara bagi menuntut kos menyiapkan projek, kehilangan keuntungan serta kerugian dan perbelanjaan lain, termasuk kos sampingan.

 

OceanMight menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan bagi industri minyak dan gas, termasuk fabrikasi struktur pelantar luar pesisir serta kemudahan berkaitan.

 

 

 

 

 

 

 

Pengumuman terbaharu itu tidak memperincikan pecahan jumlah award atau dapatan tribunal bagi setiap tuntutan.

 

KKB akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan material berhubung perkara tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved