Tujuh laporan barang kemas hilang di kuil - Polis

13 Jul 2026 • 4:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tujuh laporan barang kemas hilang di kuil - Polis
Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian kehilangan barang kemas di sebuah kuil. Gambar hiasan

RAUB – Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian kehilangan barang kemas di Kuil Siva Subramaniam, Jalan Lipis di sini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berbangsa India kira-kira jam 11.57 pagi pada Ahad.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa menyedari seutas rantai leher emas dan loket emas yang dipakainya hilang ketika menghadiri upacara berkenaan.

"Polis turut menerima enam lagi laporan berkaitan perkara sama membabitkan kejadian kehilangan barang kemas di kuil tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Shahril berkata, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian selain mengambil keterangan saksi berkaitan.

"Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap barangan berharga terutama ketika berada di tempat sesak yang melibatkan kehadiran ramai orang.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Raub di talian 09-3552222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved