Tular video bertumbuk, dua pekerja syarikat bas ditahan

7 Sep 2026 • 10:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular video bertumbuk, dua pekerja syarikat bas ditahan
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di sebuah terminal bas di Inanam, di sini, pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di sebuah terminal bas di Inanam, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain memgesahkan menerima laporan berhubung video pergaduhan dua lelaki tersebut yang turut tular di media sosial.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.54 pagi melibatkan dua pekerja syarikat bas berusia 38 dan 37 tahun.

"Pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan mendapatkan penumpang bas di mana kedua-duanya dipercayai bertumbuk tanpa melibatkan sebarang senjata," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, pemeriksaan awal turut mendapati kedua-duanya tidak mengalami kecederaan.

"Susulan laporan yang diterima, polis telah menahan kedua-dua lelaki tersebut kira-kira jam 2.30 petang Ahad, bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar," katanya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menganggu ketenteraman awam dan menyelesaikan sebarang perselisihan melalui saluran yang sewajarnya.

"Dalam masa sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved