Tular Aksi Tendang Kereta Di Plaza Tol, Penunggang Motosikal Ditahan

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 9:33 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat melibatkan sebuah kenderaan di kaunter bayaran plaza tol Kajang LEKAS yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 26 saat yang memaparkan insiden tersebut, dipercayai berlaku di laluan menghala ke selatan, Kajang, kira-kira jam 4 petang pada Ahad lalu.

Image from: Tular Aksi Tendang Kereta Di Plaza Tol, Penunggang Motosikal Ditahan

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang pemandu e-hailing warga tempatan berusia 65 tahun yang ketika itu memandu sebuah Proton Saga.

“Susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis memaklumkan kenderaannya mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri akibat perbuatan suspek.
“Bertindak atas laporan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang telah menjalankan risikan sebelum berjaya menahan seorang lelaki tempatan di sekitar Kajang bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Image from: Tular Aksi Tendang Kereta Di Plaza Tol, Penunggang Motosikal Ditahan

Foto: Threads @hisham.buyong

 

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
“Sehubungan itu, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas, dan memandu secara berhemah demi keselamatan bersama,” ujarnya.

Image from: Tular Aksi Tendang Kereta Di Plaza Tol, Penunggang Motosikal Ditahan

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman yang menunjukkan seorang penunggang motosikal bertindak menendang sebuah kereta sambil memarahi pemandunya di kawasan tol berkenaan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kajang

The post Tular Aksi Tendang Kereta Di Plaza Tol, Penunggang Motosikal Ditahan appeared first on Borak Daily.