UEM Sunrise melantik Azmar Talib sebagai Pengerusi berkuat kuasa 30 Ogos 2026

28 Aug 2026 • 5:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UEM Sunrise melantik Azmar Talib sebagai Pengerusi berkuat kuasa 30 Ogos 2026 Image from: UEM Sunrise melantik Azmar Talib sebagai Pengerusi berkuat kuasa 30 Ogos 2026 amree28/08/2026 - 17:15 AZMAR TALIB Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Ogos – UEM Sunrise Berhad melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TRX City Sdn Bhd, Datuk Wira Sr Azmar Talib, sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa 30 Ogos 2026.

 

Beliau dengan mempunyai lebih empat dekad pengalaman dalam sektor hartanah dan korporat, akan menggantikan Datuk Hisham Hamdan yang sudah menyandang jawatan Pengerusi sejak 1 Julai 2023.

 

Azmar sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas UEM Sunrise sejak 11 Mac 2024, sekali gus memberi kesinambungan kepada kepimpinan di peringkat Lembaga Pengarah syarikat itu.

 

Pelantikan tersebut turut disokong pengalaman luasnya dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan kepimpinan korporat, selain pemahamannya terhadap keutamaan strategik syarikat serta portfolio.

 

Hisham Hamdan UEM
HISHAM HAMDAN

 

"Sepanjang tempoh berada dalam Lembaga Pengarah, Azmar berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Lembaga dan ahli Jawatankuasa Tender Lembaga," menurut kenyataan UEM Sunrise.

 

Bagaimanapun, beliau akan melepaskan kedua-dua jawatan tersebut apabila mengambil alih peranan sebagai Pengerusi bagi memastikan tadbir urus, semak dan imbang serta pengawasan bebas diperkukuh.

 

Ketika ini, Azmar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TRX City Sdn Bhd, yang menyelia pembangunan Tun Razak Exchange (TRX), pusat kewangan antarabangsa Malaysia, serta Bandar Malaysia.

 

Beliau sebelum ini turut memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam kumpulan Permodalan Nasional Berhad, dan berbesar hati diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Lembaga Pengarah UEM Sunrise.

 

 

UEM Sunrise_DagangNews2026

 

"Selain itu beliau berhasrat bekerjasama rapat dengan ahli lembaga serta pihak pengurusan, dengan fokusnya memastikan pengawasan kukuh, pelaksanaan strategi berdisiplin dan tadbir urus," katanya.

 

Hisham pula, yang kini merupakan Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Pengerusi UEM Group Bhd, sebelum ini mengetuai UEM Sunrise dengan tumpuan memperkukuh asas syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved