WCT peroleh kontrak RM601 juta bina menara pejabat 41 tingkat di TRX daripada Pelangi Pasifik

28 Aug 2026 • 5:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

WCT peroleh kontrak RM601 juta bina menara pejabat 41 tingkat di TRX daripada Pelangi Pasifik Image from: WCT peroleh kontrak RM601 juta bina menara pejabat 41 tingkat di TRX daripada Pelangi Pasifik amree28/08/2026 - 17:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 OgosWCT Holdings Berhad memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM600.89 juta bagi membina sebuah blok pejabat setinggi 41 tingkat di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

 

Menurut makluman kumpulan kepada Bursa Malaysia, anak syarikat miliknya, WCT Bhd (WCTB) menerima dan menandatangani surat lantikan yang bertarikh 28 Ogos 2026 daripada Pelangi Pasifik Sdn Bhd.

 

Syarikat berkenaan merupakan subsidiari TRX City Sdn Bhd, iaitu pemaju induk TRX, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan dengan melibatkan keseluruhan kawasan seluas 28 hektar.

 

"Projek berkenaan akan dibangunkan di Lot 20076 (Plot 7) dan sebahagian Lot 20077 (Plot 8), Seksyen 67, TRX, Jalan Tun Razak/Jalan Davis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," kata WCT.

 

Kontrak terbaharu ini ujar kumpulan itu, bernilai RM600,887,586.69 itu dengan turut melibatkan cadangan pembangunan satu blok pejabat 41 tingkat yang merangkumi sebahagian jalan penghubung.

 

Skop pembangunan turut membabitkan pembinaan dua tingkat besmen untuk tempat letak kereta dan ruang mekanikal serta empat tingkat podium bagi tempat letak kereta dan ruang mekanikal.

 

WCT_DagangNews2026

 

Selain itu jelas WCT, bangunan berkenaan akan mempunyai sejumlah 14 tingkat ruang pejabat yang turut menempatkan pelbagai kemudahan, kawasan untuk ruang komersial dan ruang mekanikal.

 

"Sebanyak 27 tingkat lagi pula akan diperuntukkan bagi ruang pejabat, sekali gus melengkapkan keseluruhan pembangunan bangunan dengan 41 tingkat tersebut," kata kumpulan berkenaan lagi.

 

Skop kerja WCTB tambahnya, merangkumi kerja-kerja awam dan struktur, seni bina, mekanikal, elektrikal dan paip, fasad, landskap serta kerja luaran dan kerja berkaitan yang lain.

 

Pembinaan projek berkenaan dijadualkan bermula pada 1 Disember 2026, dengan tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat mempunyai sebarang kepentingan dalam kontrak tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved