UEM Sunrise umum pelantikan Azmy Mahbot sebagai Ketua Pegawai Perniagaan

LocalBusiness & Finance
3 Jun 2025 • 6:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UEM Sunrise umum pelantikan Azmy Mahbot sebagai Ketua Pegawai Perniagaan

image is not available

03/06/2025 - 18:04

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 3 Jun – UEM Sunrise Berhad mengumumkan pelantikan Azmy Mahbot sebagai Ketua Pegawai Perniagaan berkuat kuasa 1 Jun 2025.

Azmy mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam kewangan korporat, hubungan pelabur, dan perancangan strategik.

Beliau memegang peranan utama dalam pertumbuhan jangka panjang syarikat dengan pengawasan portfolio penting seperti Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Usahasama, Tanah Strategik, Strategi Korporat, dan Kelestarian.

Pegawai Bertanggungjawab dan Ketua Pegawai Kewangan UEM Sunrise, Hafizuddin Sulaiman berkata, pelantikan itu berlaku pada waktu kritikal ketika syarikat menyusun semula perniagaan dan menyiapkan diri untuk pertumbuhan mampan.

"Azmy merupakan pemimpin berpengalaman yang banyak menyumbang kepada UEM Sunrise sepanjang tahun.

"Kepakaran kewangan dan pemikiran strategiknya akan menjadi kunci dalam memfokuskan pertumbuhan serta memacu nilai jangka panjang." katanya dalam satu kenyataan.

Dalam peranan baharunya, beliau akan memberi tumpuan untuk membuka peluang pertumbuhan baharu dalam ekosistem tanah, perkongsian, dan pembangunan perniagaan syarikat.

Sebelum ini, Azmy merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan UEM Sunrise, di mana beliau memainkan peranan utama dalam memperkukuh disiplin kewangan dan memacu penambahbaikan di seluruh organisasi.

Beliau pernah memainkan peranan penting dalam beberapa pencapaian utama syarikat seperti penyenaraian UEM Land Holdings Berhad di Bursa Malaysia pada 2008, penggabungan dengan Sunrise Berhad 2011, serta penubuhan usahasama strategik termasuk Horizon Hills bersama Gamuda Land dan Nusajaya Tech Park bersama CapitaLand.

Pelantikan itu merupakan komitmen syarikat dalam memperkukuh barisan kepimpinan, mempertingkat keupayaan pelaksanaan, dan menghasilkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham.

standard