UiTM Siasat Dakwaan Penjualan Bilik Kolej Kediaman Kampus Puncak Alam

11 Sep 2026 • 1:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

UiTM Siasat Dakwaan Penjualan Bilik Kolej Kediaman Kampus Puncak Alam

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selangor sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penjualan penempatan bilik kolej kediaman di kampus Puncak Alam. 

Dakwaan berkenaan tular di platform Threads baru-baru ini dan dipercayai membabitkan bilik di Kolej Kediaman Casuarina.

UiTM Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihak pengurusan kampus memandang serius perkara itu dan sedang mengumpul maklumat bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

Menurutnya, sebarang tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan serta peraturan universiti yang sedang berkuat kuasa.

“Pihak universiti ingin mengingatkan pelajar, penempatan di kolej kediaman tidak boleh dijual, dipindah milik atau ditukar kepada pihak lain.

“Sebarang permohonan atau urusan berkaitan penginapan perlu dibuat menerusi saluran rasmi dan mengikut prosedur yang ditetapkan UiTM,” katanya. 

Dalam pada itu, pelajar dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebarang tawaran penempatan kolej yang tidak sah atau mencurigakan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

UiTM Selangor berkata, pelajar yang didapati melanggar peraturan universiti boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Universiti itu turut menggesa mana-mana pelajar yang mempunyai maklumat berkaitan dakwaan berkenaan supaya menyalurkannya menerusi saluran rasmi universiti.

“Kerjasama pelajar amat penting bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan serta integriti komuniti kolej kediaman sentiasa terpelihara,” katanya. - Getaran, 11 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved