Ujian ECRL Fasa 2 berjalan lancar, pembukaan dijangka seawal Disember

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 3:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ujian ECRL Fasa 2 berjalan lancar, pembukaan dijangka seawal Disember Image from: Ujian ECRL Fasa 2 berjalan lancar, pembukaan dijangka seawal Disember hamden18/09/2026 - 15:50 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Sept - Ujian dan pentauliahan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 2 berjalan lancar, dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) kini berusaha memastikan projek itu dapat dibuka seawal Disember tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pihaknya masih mengikut jadual untuk menyiapkan keseluruhan projek ECRL menjelang Disember dan memulakan operasi pada Januari 2027.

 

Bagaimanapun, katanya, kerajaan telah mencabar MRL untuk mempercepatkan pembukaan ECRL kepada Disember tahun ini.

 

"Kami sedang berusaha ke arah itu," katanya sambil menambah bahawa pembukaan berkemungkinan dapat diadakan pada awal atau pertengahan Disember.

 

Darwis berkata MRL mengharapkan kerjasama berterusan kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor bagi merealisasikan sasaran pembukaan lebih awal berkenaan.

 

Beliau menegaskan bahawa keselamatan tidak akan dikompromi meskipun terdapat usaha untuk mempercepatkan pembukaan ECRL.

 

Ujian kelajuan tinggi sehingga 176 kilometer sejamn

Mengenai ujian, Darwis berkata, fasa kedua ujian yang meliputi jajaran Bandar Pelabuhan Kuantan-Gombak sedang dijalankan selepas ujian bagi jajaran Kuantan-Kota Bharu selesai.

 

Beliau berkata, tren pemeriksaan komprehensif (CIT) telah memulakan ujian bagi jajaran Kuantan-Gombak dengan keputusan setakat ini menunjukkan hasil yang positif.

 

"Kita kini berada di fasa kedua, dari Kuantan ke Gombak, dan kita melihat hasil ujian ini adalah positif," katanya.

 

Mengenai tambang ECRL Darwis berkata ia belum diumumkan dan butiran mengenainya akan diumumkan Kementerian Pengangkutan pada masa yang sesuai.

 

Sementara itu, Pengarah Projek dan Penasihat Kanan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, Kong Qi berkata, CIT telah melengkapkan ujian kelajuan tinggi sehingga 176 kilometer sejam (km/j).

 

Beliau berkata, kelajuan tren dinaikkan secara berperingkat sepanjang ujian, bermula daripada kelajuan lebih rendah sebelum mencapai 176 km/j, iaitu 10% lebih tinggi berbanding kelajuan reka bentuk ECRL sebanyak 160 km/j.

 

"Ujian itu bertujuan mengenal pasti kerosakan dan kecacatan melibatkan infrastruktur serta sistem landasan, termasuk landasan, terowong, jambatan, bekalan kuasa tarikan, sistem isyarat dan komunikasi," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved