UMNO kesal kenyataan PH pertikai kuasa pengampunan Agong

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMNO kesal kenyataan PH pertikai kuasa pengampunan Agong

KUALA LUMPUR – UMNO kesal dengan kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang didakwa seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak seharusnya dipertikaikan mana-mana pihak.

Menurut beliau, persoalan timbul mengapa piawaian berbeza dikenakan kepada pihak lain sekiranya PH sebelum ini menyokong pengampunan yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau belum selesai menjalani hukuman penuh ketika itu.

“Berbeza dengan PH, UMNO tidak berhasrat mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan atau menuntut apa-apa keputusan tertentu.

“Apa jua keputusan yang dibuat melalui proses yang sah hendaklah dihormati oleh semua pihak,” katanya.

Asyraf Wajdi turut mendakwa tindakan terkini PH secara tidak langsung menyerlahkan ‘warna sebenar’ gabungan itu yang didakwa beberapa kali meremehkan dan mempertikaikan Institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik.

Beliau berkata, pendirian berkenaan jelas bertentangan dengan prinsip serta syarat yang dipersetujui bersama dalam perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“UMNO kekal teguh mendukung institusi Yang di-Pertuan Agong serta kuasa-kuasa Baginda.

“Sebarang usaha bagi menekan atau menanam prasangka buruk secara langsung atau tidak langsung terhadap institusi ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada Perlembagaan dan negara,” katanya.

The post UMNO kesal kenyataan PH pertikai kuasa pengampunan Agong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved