“Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

21 Aug 2026 • 12:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali berada di tempat awam seperti tempat membeli-belah, atau stesen pengangkutan awam pasti terdapat arahan pada lif untuk mengutamakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau berkerusi roda, ibu hamil dan warga emas.

Namun masih ada yang tidak menghiraukan arahan ini sebaliknya ada yang tanpa rasa empati menyuruh golongan ini untuk duduk di rumah dan sebagainya.

Tular foto papar lelaki berkerusi roda tidak diberikan keutamaan untuk guna lif ketika berada di tempat awam

Terbaharu tular di Threads, foto yang dikongsikan oleh Ari Yeo memaparkan seorang lelaki berkerusi roda yang tidak dapat menggunakan lif disebabkan telah dipenuhi oleh pengguna lain.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah stesen pengangkutan awam.

Semua dalam lif kelihatan normal dan bukan golongan yang perlu diutamakan

Namun apa yang mengundang perhatian menerusi, individu yang berada di dalam lif berkenaan kebanyakannya dilihat normal atau bukan OKU atau golongan yang perlu diutamakan.

Perkara itu secara tidak langsung turut membuatkan Ari Yeo berasa geram kerana tiada individu dalam lif tersebut yang mengutamakan lelaki berkerusi roda tersebut.

Orang ramai diminta untuk ada kesedaran dan utamakan orang yang memerlukan

“Uncle tu sampai dulu ya. Sedikit kesedaran. Jika anda melihat individu dengan kerusi roda menunggu di hadapan lif, mungkin lebih baik memberikan mereka menggunakannya dahulu.

“Ramai di antara kita boleh mempunyai pilihan untuk menggunakan tangga atau eskalator atau menunggu lif lain. Tetapi untuk mereka ia mungkin tidak.

“Ini bukan soal ‘special treatment’. Ini tentang aksesibiliti, pertimbangan dan memberi keutamaan kepada yang benar-benar memerlukannya,” dakwa Ari Yeo.

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian
Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

“Sedikit kesedaran boleh membuatkan ruang awam lebih inklusif untuk semua orang.”

Ramai kritik tindakan individu tak berikan keutamaan kepada lelaki berkerusi roda

Hantaran itu kemudiannya menjadi tular dan meraih pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang mana rata-rata berang dengan sikap pengguna lif yang tidak mengutamakan golongan memerlukan.

Bahkan ada yang menyifatkan ia adalah sesuatu perkara yang menyedihkan apabila melihat mentaliti pengguna yang tidak mempunyai kesedaran terhadap penggunaan lif.

Ada juga menyifatkan tindakan individu yang berada dalam lif itu memalukan serta mementingkan diri.

Terdapat juga pengguna yang berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama sewaktu membawa ahli keluarga yang OKU ke tempat awam.

Namun dalam masa turut tular satu tangkap layar komen dari seorang lagi pengguna Threads yang meminta agar hantaran itu diturunkan. Wanita itu memaklumkan dia saksi kepada kejadian tersebut dan mendakwa lif berkenaan sudah penuh ketika lelaki berkerusi roda itu sampai.

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

Berikut adalah komen netizen:

“Rakyat Malaysia sepatutnya tak macam ni. Hmm”

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

“Setiap hari saya memang turun sini kalau dekat KL Sentral. Memang sakit hati denga orang yang turun sini sekitar pukul 7.40 ke 8.40 pagi macam kera, masing-masing masuk lif tolak-tolak…”

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

“Semua pandang ke bawah kononnya buat tak nampak. Tak kisah siapa sampai dulu tapi kena bagi keutamaan untuk OKU, yang pregnant dan juga warga emas. Ni terbalik haih, tak ada common sense”

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

“Jangan ditegur. Nanti disuruhnya uncle tu lipar kerusi roda dan jalan”

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian

“Tolong lah warga Malaysia, samapi bila nak kena ada mindset dunia kelas ke 20. Korang ni kenapa woi?”

Image from: “Uncle Tu Sampai Dulu”- Foto Lelaki Berkerusi Roda Tak Diutamakan Untuk Naik Lif Di Tempat Awam Undang Perhatian
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved