
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang bercinta dan ingin mengakhiri hubungan itu ke jinjang pelamin pasti mempunyai impian tersendiri untuk majlis perkahwinan mereka.
Malah ada segelintir pasangan yang membuat persiapan enam bulan sebelum majlis dengan menempah dewan, busana pengantin, make-up dan banyak lagi.
Tidak kurang juga ada pasangan pengantin yang mahukan tema tertentu untuk majlis perkahwinan mereka seperti tradisional dan sebagainya.
Pasangan pengantin pakai baju diperbuat daripada kulit kayu
Terbaharu, satu pasangan pengantin telah mencuri tumpuan ramai apabila bersanding dengan memakai baju yang unik dan jarang sekali dapat dilihat di masa kini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Asha Wedding di TikTok, awalnya kelihatan seorang pengantin perempuan yang dikenali sebagai Lia memakai set persalinan baju adat Orang Asli yang diperbuat daripada kulit kayu.
Jelasnya untuk membuat pakaian tersebut kulit kayu perlulah ditumbuk serta dikeringkan terlebih dahulu sebelum ia dijadikan baju.
Dalam video itu, bukan sekadar pengantin perempuan yang dilihat memakai baju dari kulit kayu malah pengantin lelaki turut mengenakan pakaian daripada bahan sama.
Baju dari kulit kayu siap dilengkapi dengan tanjak dan selempang buat pengantin lebih segak & anggun
Kelihatan busana kedua pengantin itu begitu unik. Bagi pengantin wanita baju yang dipakai dilihat seperti kebaya dan ia turut mempunyai selempang yang dipakai seperti selendang di atas bahu.
Manakala bagi pakaian pengantin lelaki pula ia turut dilengkapi dengan tanjak yang juga diperbuat daripada kulit kayu.
“Baju ini dikatakan semakin sukar untuk didapatkan pada era zaman sekarang,” ujar Asha dalam videonya.
@ashawedding hari ni menyiapkan pengantin di sg mok Rompin.
♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic
Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Asha, kelihatan Lia dan suaminya turut berarak ke pelamin dengan memakai baju kulit kayu sambil disambut oleh orang ramai.
Kelihatan pasangan mempelai begitu gembira sepanjang majlis berlangsung. Malah ketika jalan beriringan Lia turut membawa bunga yang dipercayai dibuat sendiri oleh Orang Asli.
@ashawedding Membalas kepada @Mamaeyna23 ♬ PASHA Penghujung Cinta – TIC•ARDY
Tukar persalinan kedua, pakai dress dan suit
Selain memakai baju adat, Lia dan suaminya turut menukar persalinan kedua dengan memakai gaun kembang dan pengantin lelaki pula mengenakan sut berwarna kelabu.
Asha juga memaklumkan persandingan mempelai itu berlangsung di rumah pengantin perempuan iaitu di Sg Mok Rompin, Pahang.
@ashawedding Membalas kepada @jurainimasri48 ♬ original sound – w@
Ramai teruja dan sifatkan baju pengantin unik
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat pakaian unik yang dipakai oleh pasangan pengantin berkenaan.
Malah ada juga yang mengatakan mereka tidak pernah melihat baju tersebut selain memuji pengantin perempuan cantik dengan busana itu.
Bukan hanya itu, ada juga yang berpendapat baju dipakai itu menaikkan lagi seri si pengantin ketika memakainya.
“Cantiknya baju dia”

“Lawanya, aku yang asli (orang asli) ni pun tak pernah tengok dan pakai baju kulit kayu ni. Teringan wei nak pakai.”

“Naik seri sungguh”

“Wow menariknya! Baru tahu kulit kayu boleh jadi baju. Cantik menawan pasangan pengantin”




![“Sedap Sangat”- Lelaki Warga Nigeria Puji Dendeng Nyet Khairul Aming [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)