Unitree Menjual Robot Transformers Yang Boleh Dipandu

Technology
12 May 2026 • 10:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Unitree Menjual Robot Transformers Yang Boleh Dipandu

Sejak kali pertama saya menonton siri animasi Transformers Headmaster, saya ingin mempunyai sebuah robot yang boleh dipandu. Di China, syarikat robotik Unitree baru sahaja memperlihatkan robot yang bukan sahaja boleh berubah tetapi juga boleh dipandu.

Dalam video pendek yang dikongsi di YouTube, robot GD01 boleh berjalan menggunakan dua kaki atau berjalan merangkak seperti Sadako. Terdapat sebuah kerusi di bahagian kokpit dengan ia turut boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Image from: Unitree Menjual Robot Transformers Yang Boleh Dipandu

Unitree sekadar mengatakan GD01 yang seberat 500 kilogram dijual pada harga bermula $650,000 sebuah. Ini menjadikannya robot mecha pertama yang dijual kepada umum. Sekilas pandang robot ini mengingatkan saya kepada Power Loader daripada filem Aliens dan APU daripada filem Matrix Revolutions. Selama ini ramai meramalkan mecha pertama akan dijual oleh Jepun tetapi nampaknya mereka sudah dipintas China.