UNL: Sensasi Kane terus bantu England

FootballSports
8 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Sensasi Kane terus bantu England

LONDON – Aksi sempurna ditampilkan England ketika mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Republik Czech pada aksi Kumpulan A3 Liga Negara-Negara Eropah (UNL) yang berlangsung di Wembley awal pagi semalam.

Lebih manis, perlawanan itu turut menyaksikan kapten, Harry Kane menyamai rekod 125 penampilan milik Peter Shilton selain melebarkan rekod jaringan kepada 91 gol selepas dua kali menggegarkan gawang Czech.

Pengurus England, Thomas Tuchel menganggap aksi cemerlang ditampilkan barisan pemainnya adalah disebabkan persaingan yang cukup sengit bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Bagi saya, mungkin ia (persaingan dalam pasukan) menjadi salah satu sebab kami dapat bermain seperti ini. Kredit kepada semua pemain kerana inilah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

“Menerusi persaingan seperti ini, kami akan memiliki lebih banyak pilihan ketika pertandingan. Kami juga masih dalam fasa membina pasukan ke arah kejohanan lebih besar selepas ini,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menghamburkan pujian kepada Kane yang berjaya membantu kemenangan The Three Lions selain berharap dia mampu menambah jumlah penampilan bersama England.

“Dia (Kane) sentiasa memberikan sesuatu apabila bermain dan hari ini (semalam) lebih istimewa kerana sudah menyamai rekod penampilan Peter Shilton. Bagi saya, dia adalah inspirasi kepada pemain-pemain muda,” ujar Tuchel. – AGENSI

 

The post UNL: Sensasi Kane terus bantu England appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved