Usia bukan penghalang, warga emas aktif bermain ‘skateboard’

25 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Usia bukan penghalang, warga emas aktif bermain ‘skateboard’

BEIJING – Usia bukan penghalang bagi seorang warga emas di wilayah Shandong, China untuk melibatkan diri dalam sukan ekstrem  papan selaju atau ‘skateboard’, lapor laman berita tirtoid. 

Dong Zhiying, 65,  tular di media sosial China selepas kerap meluncur papan selaju bersama anak lelaki dan cucunya di sekitar daerah Weihai. 

Lebih mengagumkan, tiga generasi itu  kerap mempamerkan pelbagai teknik sukar secara serentak dan berirama.

Aksi lincah dan berkeyakinan tinggi wanita  itu bersama cucunya yang berusia 14 tahun bukan sahaja mencuri tumpuan penduduk, malah video latihan mereka mencatatkan  jutaan tontonan di platform dalam talian.

Hobi luar biasa  itu  tercetus apabila anak lelakinya, Lin Chao memperkenalkan sukan tersebut sebelum mengajak ibu serta anak lelakinya menyertai latihan bersama. 

Aktiviti riadah itu  kini menjadi cara utama keluarga berkenaan mengisi masa terluang sekali gus merapatkan hubungan kekeluargaan. – AGENSI

 

The post Usia bukan penghalang, warga emas aktif bermain ‘skateboard’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved