Penunggang Motosikal Maut Dipercayai Dihempap Pokok Tumbang Di Rawang, Keluarga Mohon Henti Sebar Foto Mangsa

18 Nov 2026 • 8:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penunggang Motosikal Maut Dipercayai Dihempap Pokok Tumbang Di Rawang, Keluarga Mohon Henti Sebar Foto Mangsa

Tular di media sosial beberapa video dan foto memaparkan kemalangan di Jalan Templar, Rawang yang mengorbankan seorang penunggang motosikal.

Mangsa dipercayai maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di lokasi kejadian ketika menunggang motosikal.

Susulan itu, kakak mangsa, @aily_aid menerusi satu hantaran di Threads memohon orang ramai supaya berhenti menyebarkan video dan foto adiknya ketika kemalangan.

Image from: Penunggang Motosikal Maut Dipercayai Dihempap Pokok Tumbang Di Rawang, Keluarga Mohon Henti Sebar Foto Mangsa

Selain itu, @aily_aid turut mengucapkan terima kasih kepada warga maya yang berkongsi perkembangan kejadian sehingga membantunya mengetahui bahawa adiknya terlibat dalam kemalangan tersebut.

"Assalamualaikum. Berkenaan rider shopee yg meninggal sebab pokok tumbang di Rawang Semenyih tu, adik saya.

"Mohon semua menghapuskan video atau gambar arwah masa kemalangan tu. Terima kasih warga socmed yg keep update pasal arwah adik saya.

"Mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah adik saya Putera Muhammad Aziq bin Mohd Saifuddin," katanya.

Baca juga:

Dalam pada itu, @aily_aid turut memaklumkan bahawa jenazah adiknya kini berada di Hospital Selayang sementara menunggu perkembangan lanjut mengenai proses bedah siasat.

"Buat masa ni masih di Hospital Selayang. Insyaallah esok baru boleh update lepas post mortem," maklumnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @morepit.co turut berkongsi video kemalangan tersebut dan memaklumkan bahawa kejadian itu turut melibatkan sebuah lori.

Menerusi video berkenaan, sebatang pokok dilihat tumbang merentangi laluan menuju ke Selayang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR).

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan susulan pokok tumbang yang menghalang pergerakan kenderaan.

Bagaimanapun, dalam kemas kini sekitar pukul 2 petang tadi, kerja-kerja memotong pokok tumbang sedang dijalankan anggota bomba dengan bantuan beberapa orang awam di lokasi kejadian.

Menerusi hantaran @morepit.co, @nr_diana__ telah meninggalkan komen memaklumkan suaminya yang turut berada di lokasi kejadian telah berkongsi perkembangan mengenai keadaan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat, namun mengalami kecederaan berupa luka di bahagian kepala.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved