Penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang di Selayang

18 Nov 2026 • 8:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang di Selayang

Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang petang tadi, menurut JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang di sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Ashbar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.19 petang.

Beliau berkata enam anggota berserta dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 2.28 petang, komander operasi melaporkan terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah lori Isuzu serta sebuah motosikal Yamaha Nmax.

“Terdapat seorang penunggang motosikal lelaki tersepit dan tidak sedarkan diri. Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Ashrul Riezal berkata mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.35 petang, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja mengalihkan pokok tumbang selesai sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved