[VIDEO] Aksi ‘hero’ peluk suspek, selamatkan guru diserang di kelas

22 Oct 2026 • 9:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Aksi ‘hero’ peluk suspek, selamatkan guru diserang di kelas

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang murid memeluk suspek dari arah sisi ketika seorang guru wanita diserang menggunakan senjata tajam berjaya menghentikan tindakan ganas itu di sebuah sekolah di Sarawak, semalam.

Keberanian murid berkenaan dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, sekali gus mengundang perhatian orang ramai.

Berdasarkan rakaman video berdurasi lebih seminit itu, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.49 pagi ketika suspek dilihat menyerang guru wanita berkenaan di dalam sebuah bilik darjah.

Murid terbabit kemudian bertindak pantas meluru ke arah suspek sebelum memeluknya dari arah sisi dalam usaha menyekat serangan tersebut.

Tinjauan di ruangan komen, ramai memuji keberani murid tersebut dalam membantu menghentikan perbuatan suspek.

“Adik memang berani, kawan-kawan lain terus selamatkan diri, adik sanggup kekal untuk selamatkan cikgu,” puji Azilia.

“Ini hero sebenar kes serangan di sekolah dekat Sarawak,” kata @lntxzz9_.

“Syukur tak ada yang cedera parah. Kalau tak ada yang segera halang pelaku, mungkin boleh lebih teruk. Salute (hormat) pada murid yang peluk pelaku tu,” kata pengguna, Nik Name.

Terdahulu, seorang guru wanita dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan, selepas dipercayai diserang seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun menggunakan objek tajam di sebuah sekolah antarabangsa swasta di Kuching, Sarawak, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.49 pagi itu dipercayai berlaku ketika guru berkenaan cuba merampas objek tajam yang dibawa pelajar terbabit.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak sebelum ini berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, pelajar berkenaan ditahan sejurus kejadian sebelum ditempatkan di wad psikiatri Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi tindakan lanjut.

Beliau menambah, siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Aksi ‘hero’ peluk suspek, selamatkan guru diserang di kelas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved