[VIDEO] Guru gosok baju calon SPM basah kena hujan

30 Oct 2026 • 2:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Guru gosok baju calon SPM basah kena hujan

PETALING JAYA – Sikap prihatin seorang guru yang sanggup menggosok pakaian anak muridnya yang basah akibat hujan sebelum menduduki ujian lisan mengundang perhatian netizen.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Threads, @ija_syariza, memaparkan keprihatinan seorang guru yang membantu menggosok pakaian murid yang basah terkena hujan sebelum mereka menjalani ujian lisan.

Tindakan itu memperlihatkan pengorbanan seorang pendidik yang sanggup melakukan sesuatu di luar bidang tugas demi menjaga kebajikan anak muridnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan guru berkenaan dalam mendidik anak bangsa.

“Syurga tertinggi untuk para guru yang ikhlas macam ini! Ya Allah,” komen Ashman.is.

“Moga syurga menjadi ganjaran untuk cikgu-cikgu yang tanpa lelah dan jemu mendidik anak-anak bangsa,” tulis yang lain.

“Terima kasih cikgu. Tiada anda semua siapalah kami dalam dunia menimba ilmu ini. Semoga beroleh ganjaran pahala yang sentiasa mengalir,” komen Muhd.hayyi pula.

Seorang lagi pengguna berpendapat adab pelajar terhadap guru memainkan peranan penting dalam membina hubungan baik antara kedua-dua pihak.

“Sebab itu kena baik dengan cikgu. Bukan sebab ilmunya sahaja, tetapi adab membuatkan mereka suka untuk melihat kita.

“Bukan sebab pandai atau bodohnya pelajar membuatkan cikgu meluat, tetapi sikap pelajar itu sendiri ketika bersama guru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Guru gosok baju calon SPM basah kena hujan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved