![Image from: [VIDEO] Kes Rocky: Shah, Roghini tiba di mahkamah Klang](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-20-at-9.00.00-AM-1024x683.jpeg)
KLANG – Dua individu yang terkait dalam insiden kekecohan sehingga membawa kematian anjing liar bernama ‘Rocky’ tiba di Mahkamah Klang hari ini.
Kedua-dua mereka iaitu S. Roghini Devi, 42 dan Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, tiba selang enam minit bermula pukul 8.38 pagi.
Mereka diiringi barisan peguam masing-masing dengan dijangka didakwa dibawah Akta Kebajikan Haiwan.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati pekarangan mahkamah dikawal ketat dengan setiap pelawat akan diimbas menggunakan mesin pengimbas.
Kawalan keselamatan turut diperketatkan dengan kehadiran 50 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Kosmo! sebelum ini melaporkan, operasi menangkap anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersama penduduk setempat bertukar kecoh apabila dihalang seorang wanita sebelum membawa kematian terhadap Rocky pada 29 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Kes Rocky: Shah, Roghini tiba di mahkamah Klang appeared first on Kosmo Digital.






