[VIDEO] Lelaki pukul kepala peniaga wanita dengan kasut dikecam

31 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lelaki pukul kepala peniaga wanita dengan kasut dikecam

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memukul kepala seorang peniaga wanita mendapat kecaman ramai.

Melalui sebuah rakaman televisyen litar tertutup yang dikongsi di Facebook Kelab Info Malaysia, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah gerai di Sungai Pelek, Sepang ketika peniaga itu didatangi lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dilihat bertanya sesuatu mengenai air kelapa kepada peniaga itu sebelum tiba-tiba meninggikan suara dan memanggil wanita itu menghampirinya.

Sebaik sahaja mendekati lelaki itu, wanita tersebut tiba-tiba dipukul menggunakan kasut sebanyak dua kali di bahagian kepala.

Lelaki berkenaan kemudian dilihat pergi meninggalkan gerai berkenaan selepas melihat wanita itu cuba menghubungi seseorang.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut dan menggesa agar tindakan dikenakan terhadapnya.

“Biadab betul. Kurang ajar spesies jantan dayus ni. Memalukan lelaki betul, ini kalau ada anak isteri mesti kaki bantai,” kata Siti Ruhaya.

“Buat laporan dik jangan biar orang begini. Kalau aku buah kelapa itu hinggap muka dia dah,” kata Surina.

“Pasal kelapa je pun sampai kau pukul dan hina peniaga tu. Hebat sangat ke kau? Sila ambil tindakan pada manusia durjana ni… patut diajar ni,” kata Amry. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Lelaki pukul kepala peniaga wanita dengan kasut dikecam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved