![Image from: [VIDEO] Lelaki solat berjemaah ‘pergi’ dalam keadaan bersujud](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-19-at-10.45.52-e1792378389489-1024x630.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan bersujud ketika sedang menunaikan solat berjemaah.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Masjid Jamek at-Taqwa, Muar, Johor, seperti yang dikongsikan oleh orang awam.
Menerusi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh @Ahmadhaaris 1435 di media sosial, jelas memaparkan lelaki itu gagal untuk berdiri semula bagi meneruskan solat.
“Kematian yang dicemburui. Dijemput Allah sewaktu sedang sujud kepada-Nya. Takziah kepada keluarga arwah.
“Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah,” katanya.
Hantaran berkenaan meraih perhatian netizen yang mengucapkan takziah, selain turut mendoakan Allahyarham.
Allahuakbar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT,” ujar @Pterakecil.
“Semoga kita semua mati dalam husnul khatimah,” komen @Nur_deenaa.
“Semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman,” kata @Mohd.khalid.56679. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Lelaki solat berjemaah ‘pergi’ dalam keadaan bersujud appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] ‘Heret, bawa pergi balai budak ni’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/curi-klang-1024x768.jpeg)



![[VIDEO] Reaksi Tuanku Muhriz ‘bertemu’ Menteri Besar Negeri Sembilan jadi tular](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-3.56.23-PM-1024x512.jpeg)
