[VIDEO] Saya tidak sangka dia meninggal dunia hari ini – Rintih Tun M

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 2:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Saya tidak sangka dia meninggal dunia hari ini – Rintih Tun M

PETALING SAYA – “Saya tak sangka dia meninggal hari ini (semalam). Dia nampak baik sahaja.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau berbual ringkas bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kediamannya di Seri Kembangan, semalam.

Turut berangkat sama ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Datang dari Pahang? Terima kasih lah,” kata Tun Mahathir menerusi video dimuat naik pada Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut berpesan kepada beliau supaya menjaga dirinya.

“Tun kena jaga diri, Tun,” titah baginda.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan dengan penuh Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara dekat Presint 20, Putrajaya kira-kira pukul 6.20 petang semalam.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi semalam dikebumikan berhampiran pusara isteri bekas Perdana Menteri, Tun Endon Mahmood. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Saya tidak sangka dia meninggal dunia hari ini – Rintih Tun M appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved