Rakaman Dron Sulong Berjalan Pulang Ke Kelantan Curi Perhatian

LocalEnvironment
29 Aug 2026 • 12:03 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Rakaman Dron Sulong Berjalan Pulang Ke Kelantan Curi Perhatian

KUALA LUMPUR – Rakaman dari udara yang dikongsikan oleh akaun TikTok @pokdil96 memaparkan kelibat Sulong, gajah jantan yang sebelum ini menarik perhatian ramai, ketika bergerak di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB).

Dalam rakaman berkenaan, Sulong dilihat berjalan perlahan di bahagian tepi jalan, manakala beberapa kenderaan melalui laluan berkenaan. Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang melihat rakaman tersebut turut meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatannya.

Perjalanan Sulong sebelum ini mendapat perhatian selepas gajah berkenaan dilaporkan bergerak dari kawasan Jeli menuju ke kawasan hutan di Kelantan.

Pergerakan Sulong Terus Dipantau

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum ini memaklumkan bahawa pergerakan Sulong dipantau menggunakan dron selain rondaan di darat.

Sulong juga dilaporkan sudah bergerak masuk ke kawasan hutan di Kelantan dan tidak lagi dikesan di sepanjang JRTB menuju Jeli.

Dalam perkembangan terbaru pada 28 Ogos, keberadaan Sulong masih menjadi tanda tanya apabila tiada pihak yang terserempak dengannya di sepanjang JRTB. Kumpulan yang menjejaki laluan berkenaan turut menemui kesan najis gajah di tepi jalan, namun tidak dapat mengesahkan sama ada ia ditinggalkan Sulong.

Keadaan itu menimbulkan harapan bahawa Sulong kini benar-benar sudah bergerak lebih jauh ke dalam hutan dan berada jauh daripada risiko dilanggar kenderaan atau gangguan manusia.

Rakaman terbaharu dari udara itu sekali lagi mencetuskan perhatian orang ramai yang berharap perjalanan Sulong dapat diteruskan dengan selamat tanpa berdepan risiko daripada kenderaan yang melalui laluan tersebut. – The Malaysian Update

The post Rakaman Dron Sulong Berjalan Pulang Ke Kelantan Curi Perhatian appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved