[VIDEO] Wanita tarik keluar biawak masuk restoran

6 Nov 2026 • 3:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Wanita tarik keluar biawak masuk restoran

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita mengheret seekor biawak yang memasuki sebuah restoran makanan di Bachok, Kelantan mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di TikTok, wanita berkenaan dilihat berlari sambil mengheret haiwan reptilia itu keluar dari restoran berkenaan.

Keberanian wanita tersebut mengendalikan biawak berkenaan mencuri perhatian pengguna media sosial kerana haiwan itu bukanlah sesuatu yang mudah didekati oleh kebanyakan orang.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat tindakan wanita itu, malah ada yang berseloroh mengenai keberaniannya berhadapan dengan haiwan berkenaan.

“Jangan berani-berani jadi biawak hidup. Ipar kahwin dengan adik ini, memang siap dia lempar kau ke hutan terus,” komen seorang pengguna. Dik, kau mesti anak nombor dua kan? Bukan cicak itu dik,” komen @seliparjepun007 pula.

Ada juga pengguna media sosial yang meminta orang ramai menaikkan hantaran wanita tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap keberaniannya.

“Tolong bagi hantaran tinggi untuk akak ini. Jangan nak tawar-menawar,” tulisnya.

Sementara itu, seorang netizen menyifatkan tindakan wanita itu sebagai sesuatu yang hebat kerana kadangkala rasa geli terhadap haiwan boleh membuatkan seseorang bertindak berani tanpa disedari.

“Hahaha, hebat. Kadang-kadang sebab kita geli itu yang buat kita hebat. Buat tanpa sedar. Selepas selesai, mesti beria-ia cuci tangan dan barulah terasa geli-geleman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Wanita tarik keluar biawak masuk restoran appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved