Padat tak main-main, ramai sangat manusia

LocalGaming
12 Sep 2026 • 10:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Padat tak main-main, ramai sangat manusia

PETALING JAYA – Kawasan sekitar pekarangan KLCC dibanjiri ribuan pengunjung sempena sambutan ulang tahun ke-30 Pokemon hari ini.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, kelihatan orang ramai memenuhi kawasan sekitar Suria KLCC dan Taman KLCC, dengan sebahagian pengunjung dipercayai hadir seawal petang tadi bagi menyaksikan pelbagai aktiviti bertemakan Pokemon.

Difahamkan, acara PokéXciting! berlangsung selama dua hari, iaitu hari ini dan esok di KLCC sebagai sebahagian daripada sambutan 30 tahun Pokemon.

Apa yang paling dinantikan pengunjung ialah pertunjukan dron Pokemon yang dijadualkan bermula pukul 9 malam ini.

Selain pertunjukan dron, pengunjung turut berpeluang menyaksikan perarakan Pokemon yang menampilkan Pikachu dan Eevee serta persembahan tarian pada beberapa sesi sepanjang hari.

Acara itu juga menawarkan aktiviti Pokemon GO termasuk cabaran khas serta peluang mendapatkan Pikachu bertemakan PokéXciting.

Situasi itu turut mendapat perhatian ramai susulan jumlah pengnjung di kawasan berkenaan.

“Kesian ibu bapa yang bawa anak-anak,” kata Afiq.

“Hari-hari sesak Kuala Lumpur,” ujar Ashraf.

“Padat tak main-main,” seloroh ubai. – KOSMO! ONLINE

The post Padat tak main-main, ramai sangat manusia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved