Wanita mati dalam kereta

LocalHealth & Fitness
5 Oct 2026 • 11:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita mati dalam kereta

MELAKA – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta Proton Saga di kawasan parkir Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas dalam kenyataan hari ini berkata wanita berusia 69 tahun itu ditemukan pada kira-kira 4 petang dan baru keluar dari hospital Melaka serta masih memakai pakaian hospital selain tangan kiri beranduh.

“Mangsa mendapatkan rawatan kerana retak bahu kiri akibat terjatuh di rumah. Anak lelaki mangsa yang berusia 44 tahun menerima panggilan telefon daripada Hospital Melaka pada 1.50 tengah hari untuk membawa pulang wanita itu yang memakai pakaian hospital kerana tiada pakaian ganti,” katanya.

Halim berkata setibanya di kawasan parkir pada kira-kira 2.50 petang, mangsa dikatakan enggan keluar dari kereta sebelum jiran mangsa yang berusia 47 tahun mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dalam keadaan sebelah kaki berada di luar kereta pada 3.30 petang.

Beliau berkata wanita itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan pernah dirawat di Hospital Melaka.

Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada kecederaan yang mencurigakan dan setakat siasatan dijalankan, tiada unsur jenayah dikesan.

Halim berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka hari ini. – Bernama

The post Wanita mati dalam kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved