Wanita mengaku salah jual bayi RM17,300

1 Sep 2026 • 3:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita mengaku salah jual bayi RM17,300

SUNGAI PETANI – Seorang wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pilihan mengambil bahagian dalam transaksi bertujuan memberikan kawalan secara tetap terhadap seorang bayi dengan balasan wang RM17,300, bulan lepas.

S. Kelsey, 24, membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Wanita itu didakwa mengambil bahagian dalam transaksi, bertujuan memberikan kawalan secara tetap terhadap bayi berkenaan yang kini berusia 12 hari, dengan balasan wang RM17,300 di sebuah hospital swasta di sini antara 7.30 pagi, 18 Ogos hingga 1.30 pagi, 21 Ogos.

Bagi kesalahan itu, Kelsey didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili wanita itu, RSN Rayer memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi mendapatkan fakta kes dan jatuh hukum, selain memohon jumlah jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap serta perlu menyara keluarganya.

Rayer turut memohon mahkamah memberi ruang kepada anak guamnya berikutan keadaannya yang lesu selepas ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan, tiga hari selepas melahirkan anak bulan lepas.

Hakim Nabisha Ibrahim kemudian membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Hakim itu juga menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan jatuh hukum.

Sementara itu, wanita sama turut mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, iaitu memiliki kad pengenalan milik orang lain berusia 33 tahun bulan lepas dan kes didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi membenarkan wanita itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula dan jatuh hukum. – Bernama

The post Wanita mengaku salah jual bayi RM17,300 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved