
KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia awal 20-an ditahan selepas bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau ketika proses tangkapan di kawasan Chan Sow Lin, di sini, 10 September lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.45 petang.
Menurutnya, suspek bertindak agresif ketika anggota polis menjalankan tangkapan sebelum mengambil sebilah pisau dan menyerang anggota yang sedang bertugas.
“Hasil semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau. Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut disahkan positif dadah jenis ketamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Rosdi berkata, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan dihadapkan mahkamah pada 14 September lalu.
Katanha, wanita itu dituduh mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita serang polis guna pisau positif ketamin appeared first on Kosmo Online.






