Wanita warga asing lemas di kolam renang kondominium

25 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita warga asing lemas di kolam renang kondominium

GEORGE TOWN, 25 OKT: Seorang wanita warga asing berusia 57 tahun ditemukan lemas ketika menjalani terapi akuatik di kolam renang sebuah kondominium di Tanjung Bungah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.10 petang.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa bersama suaminya sedang menjalani terapi akuatik di kolam renang berkenaan pada 5.20 petang sebelum lelaki itu meninggalkannya seketika untuk menjawab panggilan telefon daripada seorang rakan.

“Suami mangsa meninggalkannya kira-kira lima minit dan apabila kembali ke kolam renang, mangsa didapati telah tenggelam disyaki terjatuh daripada pelampung.

“Suami mangsa kemudian terjun ke dalam kolam sebelum membawa isterinya ke tebing dan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun petugas kesihatan yang tiba di lokasi mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia pada 5.49 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rozak berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Beliau berkata siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

TAG: Abdul Rozak Muhammad, wanita, lemas, kolam renang, terapi akuatik

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved