Warga asing mengamuk, calar 7 kereta dengan besi dekat TRX ditahan polis

LocalCars
10 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Warga asing mengamuk, calar 7 kereta dengan besi dekat TRX ditahan polis

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk sebelum mencalarkan tujuh kenderaan di kawasan tempat letak kereta berhampiran The Exchange TRX membawa padah apabila dia ditahan polis.

Suspek berusia 34 tahun yang merupakan warga asing itu ditahan susulan laporan diterima berhubung kejadian berkenaan yang berlaku semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd. Din berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan khianat.

“Pihak polis telah menerima laporan berhubung seorang lelaki yang telah mencalarkan tujuh buah kenderaan di parkir TRX.

“Suspek berusia 34 serta bukan warganegara ditahan dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 14 September bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian selepas rakaman video berkaitan insiden itu tular di media sosial.

Rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki tidak dikenali mendatangi seorang pemandu ketika mangsa meletakkan kenderaan di kawasan parkir awam.

Lelaki terbabit kemudian dilihat memarahi pemandu berkenaan sebelum bertindak menghentak objek dipercayai besi pada kenderaan tersebut.

Polis kini meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

The post Warga asing mengamuk, calar 7 kereta dengan besi dekat TRX ditahan polis appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved