Warganet Terharu Tengok ‘Effort’ Abang Grab, Nyanyikan Lagu Hari Jadi Buat Anak Buah Pelanggan Yang Tempah Makanan

Family & ParentingLifestyle
10 Aug 2026 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft hari jadi grab

Satu tindakan yang dilihat biasa tetapi siapa sangka ia memberikan impak yang luar biasa dalam jiwa seseorang. Begitulah tindakan seorang penghantar makanan kepada pelanggannya dan ia membuat ramai netizen ‘cair’ apabila melihatnya.

Kisahnya bermula apabila pengguna Threads kongsikan yang dia ada menempah makanan dan meminta penghantar makanan tersebut untuk menyanyikan lagu hari jadi buat anak buahnya.

Artikel berkaitan: Ibu Tergamam Kanak-kanak 3 Tahun Tertelan Dawai Logam, Lepas Makan Kek Hari Jadi Yang Ditempah

Artikel berkaitan: Didi Astillah Buat ‘Prank’ Sempena Hari Jadi Ibu, Reaksi Syed Saddiq Jadi Tumpuan

Sama hari lahir dengan arwah atok dan nenek

Malah, wanita itu meminta untuk merakam situasi itu dan tanpa diduga penghantar makanan tersebut merealisasikan permintaannya.

Screenshot 2026 08 10 154323

Dalam hantaran yang sama, dapat dilihat penghantar makanan itu menyanyikan lagu hari jadi buat anak buah pelanggan berkena kerana difahamkan semasa makanan tersebut diberikan, ia merupakan hari ulang tahun kelahiran anak buahnya yang bernama Affan ke 9 tahun.

Dapat dilihat senyuman terukir di wajah kanak-kanak itu yang menghargai penghantaran rider makanan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan terharu apabila melihatnya selain ada yang memberikan ucapan yang selamat hari jadi buat Affan.

bday bday 2 bday 3 bday 4 bday 5

Menurut Najihah, hari ini (10/8/2026) merupakan hari jadi Affan dan hari lahirnya sama dengan hari lahir arwah ibu bapanya iaitu pada 10.9.1963 dan 10.8.1965 sementara Affan pula 10.8.207.

Katanya, arwah datuk kepada Affan meninggal dunia pada Februari lepas dan sudah 2 tahun Affan tidak menyambut hari jadi bersama arwah datuk dan neneknya itu.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved