Wartawan Astro Awani Pahang meninggal dunia

26 Oct 2026 • 9:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wartawan Astro Awani Pahang meninggal dunia
Mohd Zailani

KUANTAN - Wartawan senior Astro Awani, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di sini pada Petang Isnin.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Suaibatul Aslmiah Abu Bakar, 52, ketika ditemui di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib di sini.

Menurutnya, sebelum itu arwah dikatakan demam dan mengalami kesukaran untuk berjalan beberapa hari sebelum dijemput Ilahi.

"Pagi tadi, keadaan arwah agak lemah, tetapi masih boleh bersembang dengan saya dan ada selera makan.

"Tapi dalam dua tiga hari ini, arwah nampak biasa sahaja, tiada pesanan atau nasihat yang ditinggalkan kepada saya dan anak-anak," katanya.

Suaibatul Aslmiah memberitahu, awah ada darah tinggi dan kencing manis.

Arwah meninggalkan empat orang cahaya mata, tiga hasil rumah tangga bersama Suaibatul dan seorang dari perkahwinan sebelumnya.

"Dua anak kami sudah bekerja, masing-masing 26 dan 28 tahun.

"Seorang lagi masih bersekolah Tingkatan Tiga, anak perempuan bongsu," jelasnya.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas Isyak.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved