WCE Holdings rugi RM33.45 juta pada 1QFY27 akibat kos faedah projek

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 6:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

WCE Holdings rugi RM33.45 juta pada 1QFY27 akibat kos faedah projek Image from: WCE Holdings rugi RM33.45 juta pada 1QFY27 akibat kos faedah projek hamden18/08/2026 - 18:24 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Ogos - WCE Holdings Bhd (WCEHB) mencatatkan kerugian bersih RM33.45 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027 (1QFY27), berikutan peningkatan beban faedah berkaitan pembiayaan projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang telah siap.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata kerugian bersih tersebut bagaimanapun bertambah baik 5% berbanding kerugian RM35.32 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Menurut WCEHB, kos faedah berkaitan pembiayaan projek perlu dicaj terus ke penyata untung rugi selepas aset siap digunakan, selaras dengan piawaian perakaunan MFRS 123.

 

Sebelum ini, kos pinjaman berkenaan boleh dipermodalkan sebagai sebahagian daripada kos pembangunan infrastruktur.

 

Bagi 1QFY27, pendapatan kumpulan merosot 64% kepada RM140.8 juta berbanding RM393.8 juta pada 1QFY26, susulan aktiviti pembinaan yang lebih rendah selepas enam daripada 10 kawasan rehat dan rawat (RSA) disiapkan.

 

Bagaimanapun, pendapatan tol mencatat pertumbuhan positif 11%, didorong sumbangan penuh kutipan tol daripada Seksyen 2 yang telah beroperasi sepenuhnya.

 

Dari segi operasi, EBITDA kekal positif pada RM31.7 juta, mencerminkan prestasi operasi yang mampan walaupun kumpulan berdepan kos kewangan yang tinggi.

 

WCEHB berkata prestasi kewangan dijangka terus bertambah baik selaras peningkatan trafik di seksyen-seksyen lebuh raya yang telah dibuka kepada pengguna.

 

Kumpulan optimis bahawa apabila keseluruhan jajaran WCE beroperasi sepenuhnya pada awal 2027, pertumbuhan pendapatan akan mengatasi kos pembiayaan, sekali gus menyokong peralihan ke arah keuntungan yang lebih mampan.

 

Setakat ini, 8 daripada 11 seksyen lebuh raya sepanjang 180 kilometer telah dibuka kepada pengguna. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved