Windows 11 Menguji Fungsi AI Agentik – Masih Sedang Memperbaiki Isu Sekuriti Data Pengguna

TechnologyDigital
19 Nov 2025 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini sistem operasi Microsoft Windows 11 terbaru, iaitu Build 26220.7262 memperkenalkan beberapa ciri baru, diantaranya ialah Agent Workspace yang menambahkan ciri AI agentik yang sebagai contoh, membolehkan sistem operasi untuk membuat tempahan ataupun pembelian untuk pengguna secara automatik dengan input minima.

Secara ringkasnya, ia membolehkan komputer untuk membuat pelbagai jenis keputusan untuk pengguna tanpa memerlukan arahan daripada pemilik komputer. Selepas mengemaskini sistem operasi Windows 11 ke versi terbaru yang dikatakan, fungsi ini boleh diakses melalui menu System > AI Components dimana pilihan Experimental Agentic Features boleh diperlihatkan.

image is not available

Microsoft mengatakan bahawa apabila fungsi agentik ini digunakan, kecerdasan buatan akan menggunakan ruang “agentic workspace” ini untuk menjalankan arahan-arahan yang telah diberikan tanpa memerlukan kawal-selia pengguna.

Mereka memberi contoh bahawa akses kepada data pengguna seperti nombor dan pengesahan kad kredit dan folder-folder (Downloads, Desktop, Videos, Pictures, dan Music) adalah sulit, khas kepada komputer tersebut sahaja, dan sebarang butiran yang diakses dan digunakan tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak ketiga, walaupun sistem AI agentik tersebut mempunyai akses penuh pembacaan dan penulisan data keatasnya.

image is not available

Microsoft mengesahkan bahawa buat masa ini, ciri AI agentik ini tidak beroperasi untuk pengguna biasa buat masa ini, dan dinyahaktifkan. Ia hanya boleh digunakan sekiranya anda mendaftar untuk program Windows Insider sahaja.

Mereka turut mengatakan bahawa isu keselamatan tambahan seperti akses jarak jauh dan isu seperti suntikan prom (prompt injection) perlu diketengahkan dan diperhalusi sebelum ciri ini diperkenalkan kepada pengguna-pengguna awam.