Yahoo Menjual Portal Berita Engadget Kepada Pemilik Baharu

TechnologyBusiness & Finance
4 Mar 2026 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak setahun dua kebelakangan ini, Yahoo melakukan penstrukturan semula perniagaan mereka secara berperingkat, dalam usaha memfokuskan kembali kepada teras-teras utama penawaran mereka. Selari dengannya, mereka turut memilih untuk menjual atau menutup beberapa produk dan perkhidmatan dibawah mereka.

image is not available

Selepas menjual TechCrunch pada tahun lepas, kini Yahoo turut dilihat telah menjual portal berita teknologi terkemuka, Engadget kepada pemilik baharu, Static Media. Harga penjualan tidak dinyatakan.

Dengan langkah ini, Engadget akan beralih kepada Static Media yang akan memberikan lebih fokus terhadap editorial dan memperkembangkan jenama berkenaan. Sementara untuk Yahoo pula, mereka boleh terus memfokuskan kepada penawaran produk dan perkhidmatan teras mereka, dan mengurangkan fokus pada produk bukan teras.

Buat masa ini, Yahoo masih belum mengumumkan hal ini secara rasmi, dan dijangka melakukannya kelak pada bulan Mac 2026 ini.