
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Meskipun telah melabuhkan tirainya pada Sabtu (1 Ogos) lalu, Program RXZ Members Edisi Kelapan (RXZ Members 8.0) masih lagi menjadi bualan ramai.
Di sebalik kejayaannya yang berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, himpunan acara motosikal terbesar di Malaysia itu turut mencetuskan kontroversi disebabkan sikap segelintir peserta dan siri kemalangan setiap kali program berlangsung sehingga ada yang mahu ianya dihentikan.
Penganjur Dedah RXZ Members Ke-10 Mungkin Jadi Edisi Terakhir
Semalam (3 Ogos), kecoh di media sosial dakwaan yang menyatakan program RXZ Members mungkin akan melabuhkan tirainya pada edisi kesepuluh pada tahun 2028.
Walau bagaimanapun, menurut penganjur program berkenaan, Mohamad Faizal Mat Ali, segala perancangan tersebut tertakluk kepada ketentuan Allah SWT dan ia mungkin akan berakhir lebih awal dari jangkaan bergantung kepada beberapa faktor.
“Ramai menyangka RXZ Members akan terus berlangsung sampai bila-bila, namun seperti kata orang, ‘yang bermula pasti akan berakhir’.
“Jika mengikut perancangan dan jangkaan saya, RXZ Members mungkin akan menutup tirainya pada siri ke-10 pada tahun 2028 atau mungkin juga lebih awal,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
RXZ Members Sepatutnya Berakhir Pada Tahun 2027
Malah, dalam satu hantaran di Facebook Jaspark Ganu, wakil pengurusan program itu turut mengiyakan khabar angin mengenai pengakhiran acara motosikal terbesar itu.
Jelasnya, RXZ Members sepatutnya akan dihentikan pada tahun 2027 namun disebabkan penganjuran pandemk COVID-19 pada tahun 2020, mereka telah menangguhkan pelaksanaan program berkenaan.
“Ramai yang Call DM tanya, betul ke RXZ Members 10.0 adalah yang terakhir? Jawapan saya, ya, betul.
“Kalau ikut perancangan asal, tahun depan sepatutnya dah jadi penutup. Tapi disebabkan pandemik COVID-19 pada 2020, kita tangguhkan penganjuran selama setahun. Sebab itu penamatnya beralih ke RXZ Members 10.0 pada tahun 2028.
“Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Yang akan kekal nanti bukanlah event ini, tetapi ukhuwah, persahabatan dan kenangan yang kita bina bersama selama bertahun-tahun.
“Insya-Allah. kita habiskan perjalanan ini dengan sebaik-baiknya,” tulisnya.
Penganjur Zahir Penghargaan Kepada Semua Pihak Bantu Jayakan RXZ Members 8.0
Jelas Mohamad Faizal, kejayaan dalam penganjuran edisi kelapan pada tahun ini merupakan hasil pengorbanan dan kerjasama pelbagai pihak.
Malah, dia mengajak kesemua peserta RXZ Members untuk menghargai setiap detik pertemuan, mengeratkan ukhwah serta menikmati detik bersama sementara program itu masih diadakan.
Penganjur Akan Pastikan Peserta Tak Langgar Peraturan Dalam Penganjuran Akan Datang
Pada masa sama, Mohamad Faizal turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Terengganu atas kesabaran sepanjang berlangsungnya program berkenaan serta turut berterima kasih kepada mereka yang hadir.
“Tidak juga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta pasukan keselamatan yang memberi komitmen yang sangat tinggi sepanjang program berlangsung,” katanya.
Jelas Mohamad Faizal, pihaknya akan memastikan peserta tidak melanggar peraturan khususnya dari segi fizikal motosikal.
RXZ Members 8.0 Jadi Edisi Paling Dapat Sambutan
Terdahulu, Program RXZ Members 8.0 disifatkan sebagai edisi yang paling mendapat sambutan kerana berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta sejak penganjurannya pada tahun 2017.
Jumlah ini mengatasi jumlah kehadiran 160,000 peserta yang direkodkan pada tahun 2025.
Malah penganjur juga menjangkakan jumlah kehadiran peserta akan berkurang 10% ekoran program berkenaan yang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
1,850 Saman Dikeluarkan & 29 Kes Kemalangan Direkodkan Pada Penganjuran RXZ Members 8.0 2026
Namun di sebalik penganjurannya, sebanyak 1,850 saman telah dikeluarkan dengan 29 kes kemalangan jalan raya serta lima kematian direkodkan pada penganjuran tahun ini berbanding 11 kes pada tahun lalu.
Selain itu, sebanyak 222 motosikal telah disita sepanjang program tersebut berlangsung.
Baca Artikel Berkaitan: Penganjur RXZ Members Tukar Slogan Jadi ‘Yang Santai Pasti Sampai’, Ajak Peserta Tunggang Motosikal Secara Berhemah
Baca Artikel Berkaitan: Sudah 3 Peserta Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Members 8.0 Maut





