YTL Power dikhuatiri berdepan risiko pelaksanaan perniagaan pusat data di Sedenak - Penganalisis

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 10:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

YTL Power dikhuatiri berdepan risiko pelaksanaan perniagaan pusat data di Sedenak - Penganalisis Image from: YTL Power dikhuatiri berdepan risiko pelaksanaan perniagaan pusat data di Sedenak - Penganalisis amree20/08/2026 - 10:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 OgosYTL Power International Berhad dikhuatiri berdepan risiko pelaksanaan perniagaan pusat data (DC) di Sedenak, Johor termasuk isu kelewatan peningkatan kapasiti, menurut penganalisis.

 

Perkembangan terbaharu sektor DC namun dilihat membuka ruang besar untuk syarikat mengukuhkan kedudukan sebagai antara pemain infrastruktur digital utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

 

Dua firma itu turut mengekalkan pandangan positif, selepas menilai potensi perluasan portfolio DC, dijangka peluang membuka nilai melalui penyenaraian perniagaan DC serta prospek segmen tenaga.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' ke atas saham YTL Power dan harga sasaran (TP) RM5.67, mewakili nisbah harga kepada pendapatan (PER) FY27 sebanyak 20.9 kali," jelas MBSB Research dalam notanya.

 

Menurutnya, pemangkin utama ialah pengembangan strategiknya dalam perniagaan DC yang kini muncul sebagai bidang pertumbuhan baharu kumpulan melalui syarikat miliknya 70%, SIPP Power Sdn Bhd.

 

Langkah itu membolehkannya menjalin kerjasama strategik dengan JLG Technopark Sdn Bhd, subsidiari JLand Group, bagi pembangunan kampus DC berskala gigawatt di Sedenak Tech Park (STeP) West.

 

YTL Power_DagangNews2026

 

Di bawah kerjasama itu ujar MBSB Research, YTL Power berpotensi membangunkan kapasiti sekitar 1.3 hingga 1.5GW sekiranya keseluruhan kawasan berkeluasan 220 hektar tersebut dibangunkan untuk DC.

 

"Kami mengunjurkan portfolio DC kumpulan ini pada masa hadapan boleh mencapai 4GW, mengambil kira rancangan meningkatkan kapasiti di Kulai, Johor daripada 600MW kepada 1.2GW," jelas firma itu. 

 

Sementara itu, CGSI pula menaikkan penilaian perniagaan DC YTL Power kepad RM30 bilion daripada RM14 bilion sebelum ini, susulan peningkatan keterlihatan terhadap kapasiti sejak Mei 2026.

 

Kumpulan itu kini mengandaikan kapasiti beban teknologi maklumat (IT) sebanyak 850MW berbanding 500MW, dengan potensi penyenaraian perniagaan DC boleh membuka nilai besar kepada pemegang saham.

 

Ujarnya, operasi DC wajar menerima penilaian segmen 'colocation' berdasarkan prospek pertumbuhan, nilai terhad sebagai proksi tersenarai serta kedudukan strategik Johor yang berhampiran Singapura.

 

"Dari sudut operasi, tempoh pembinaan DC oleh YTL Power kini dipendekkan kepada 12 bulan daripada 24 bulan, memberikan kelebihan masa ke pasaran ketika permintaan terus kukuh," tambah CGSI.

 

Dalam pada itu, pemulihan subsidiarinya, PowerSeraya di Singapura berpotensi meningkatkan hasil, walaupun kemampanan margin masih tidak pasti menjelang pembaharuan kontrak besar awal 2027.

 

Secara keseluruhan, ia mengekalkan saranan 'tambah' dengan TP lebih tinggi RM6.50 setelah melihat pengembangan DC dan potensi penyenaraian sebagai pemangkin utama. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved