Yusry buat 'surprise' sambut kepulangan isteri, tangisan Lisa Surihani peluk anak buat netizen sebak -'Hanya ALLAH tahu perasaan dia ...'

EntertainmentLifestyle
13 Jun 2026 • 1:36 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Yusry buat 'surprise' sambut kepulangan isteri, tangisan Lisa Surihani peluk anak buat netizen sebak -'Hanya ALLAH tahu perasaan dia ...'

BUKAN mudah bagi seorang ibu untuk melepaskan kerinduan terhadap anak-anak dan keluarga tercinta, apatah lagi apabila berjauhan beribu batu di Tanah Suci demi menyahut seruan Ilahi.

Detik menyentuh hati itu dikongsikan sendiri oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang mengakui jiwanya sarat dengan perasaan rindu sepanjang menunaikan ibadah haji di Makkah baru-baru ini.

Pemergiannya secara bersendirian tanpa suami di sisi akibat kegagalan rayuan visa pastinya menuntut ketabahan yang amat tinggi, namun dia reda dengan ujian tersebut demi melengkapkan rukun Islam kelima.

Bagaimanapun, Lisa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila suaminya, Datuk Yusry Abd Halim bersama ibunya sedia menggalas tanggungjawab menjaga permata hati mereka sepanjang ketiadaannya.

Luahan rasa hiba dan rindu itu diakui sendiri oleh Lisa ketika berkongsi emosinya yang terpaksa ditinggalkan seketika demi tuntutan agama.

“Sudah tentu saya rindu keluarga saya, macam bila cakap pasal abang (Yusry), anak-anak mesti akan rasa sedih.

"Apa yang penting adalah mereka semua okay itu yang buat saya bersyukur sangat yang abang dan mak tolong jaga-jaga anak-anak,” katanya kepada Gempak.

Menurut Lisa, biarpun tahu anak-anaknya berada dalam keadaan selamat di rumah, naluri seorang ibu tetap tidak dapat lari daripada memikirkan keadaan mereka di tanah air.

Image from: Yusry buat 'surprise' sambut kepulangan isteri, tangisan Lisa Surihani peluk anak buat netizen sebak -'Hanya ALLAH tahu perasaan dia ...'

Detik berjauhan itu benar-benar menguji emosinya, namun khabar gembira daripada suami menjadi pengubat duka paling mujarab.

“Untuk saya sebenarnya tidak mudah, meskipun mereka di rumah tapi kalau mereka susah hati ataupun menangis saya sudah risau. Tapi bila abang kongsi mereka gembira, alhamdulillah ALLAH pelihara untuk pastikan mereka okay.

"Untuk tahu mereka semua okay itu sudah melegakan tapi semestinya saya merindui mereka sangat-sangat.

"Hanya ALLAH saja lah tahu perasaan dia. Nak keluar ALLAH Maha Mengetahui. Dalam hati saya macam mana. Dalam jantung saya ni macam mana, ALLAH Maha Mengetahui. Tapi saya sangat merindui mereka,” tambahnya lagi dengan nada sebak.

Kepulangan Lisa ke tanah air baru-baru ini turut disambut penuh emosi apabila Yusry merancang satu kejutan istimewa buat anak-anak mereka.

Pengarah dan pemuzik terkenal itu turut meluahkan rasa syukur yang amat sangat di media sosial miliknya selepas dapat bersatu kembali dengan isteri tercinta yang selamat menunaikan ibadah tersebut dengan lancar.