Yusuf Bahrin Sah Bercerai Dengan Zizi Kirana Dengan Talak Satu

EntertainmentLifestyle
2 Apr 2026 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pasangan selebriti penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu selepas lima tahun mendirikaan rumah tangga.

Lafaz talak itu dibuat oleh Yusuf Bahrin terhadap Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, Mohd Saifullah Hamzah. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie yang dikenali sebagai Haiza.

Artikel berkaitan: “Rasanya dia buang telefon” – Yusuf Bahrin Bimbang Keadaan Zizi Kirana

“Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini adalah satu permohonan penceraian di bawah Seksyen 47 yang mana pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.”

“Penceraian ini telah direkodkan oleh hakim Tuan Muhammad Syaifullah Hamza. Lafaz cerai telah dibuat oleh Yusuf terhadap Zizi denagn talak satu secara raj’ie.”

“Kes pada hari ini juga berjalan secara baik dan itu sahajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini ya.”

Dalam pada itu, Zizi enggan untuk mengulas penceraian itu secara lanjut.

image is not available

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik , InSyaAllah. Terima kasih semua. Minta maaf kena tunggu lama.”

Sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan rumah tangga Zizi dan Yusuf Bahrin sedang goyah. Bahkan dikatakan bahawa mereka dikatakan sudh tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.

Sebagai info, Yusuf dan Zizi telah berkahwin pada 19 September pada 2021. Hingga kini, pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.