
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan antara kekuatan politik bersama Pas mampu mengubah landskap politik negara menerusi formula perkongsian kuasa.
Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu menjadi induk dalam politik negara, namun pada masa sama bersedia berkongsi kekuasaan dengan parti lain dalam membina sebuah kerajaan yang mewakili masyarakat majmuk.
“Amanah ini beza kepimpinan dan dominasi, dominasi yang mahu orang lain tunduk. Kepimpinan kita adalah untuk mencipta keyakinan bagi membuatkan orang lain yakin untuk berjalan bersama dengan kita dan bagi kita disitulah letaknya makna sebenar keindukan dalam kemajmukan.
“Sebab itu MCA, MIC, PBRS, PPP serta Friends of BN bukan sekadar penghias pentas pada musim pilihanraya.
“Kita dan mereka adalah sebagian dari sejarah masa depan dan sebuah formula politik melayu mampu memimpin perkongsian kuasa bersama-sama yang lain, apatah lagi bila biru bertemu hijau, pastinya warna akan berubah.
“Kita mahu orang Melayu kuat , tanpa orang lain hidup dalam ketakutan, saya mahu Islam terus di martabatkan tanpa orang lain merasa terancam, mahu UMNO dan BN menjadi induk dalam politik negara ini tetapi cukup besar jiwa untuk kita sama-sama berkongsi kekuasaan,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden capan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), hari ini. –UTUSAN
The post Zahid beri bayangan kerjasama ‘biru hijau’ appeared first on Utusan Malaysia.






