Zahid harap keputusan terbaik buat Najib, serah kepada kebijaksanaan Agong

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 8:29 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Zahid harap keputusan terbaik buat Najib, serah kepada kebijaksanaan Agong

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menaruh harapan agar keputusan terbaik dapat dicapai berhubung permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Ahmad Zahid berkata, UMNO menghormati sepenuhnya kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berkenaan dan menyerahkan keputusan kepada budi bicara serta kebijaksanaan Seri Paduka Baginda.

“Kita mengharapkan yang terbaik untuk pertemuan ini, kerana kuasanya adalah hak mutlak Ketua Juri, Yang Maha Mulia Tuanku.

“Saya yakin budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku akan menentukan terhadap keputusan utama dan hak mutlak Tuanku untuk diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran buku 13 Propaganda Perang Sun Tzu sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika perhatian kini terarah kepada mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijangka berlangsung pada Jumaat.

Antara perkara yang dipercayai menjadi perhatian dalam mesyuarat berkenaan ialah permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjaranya menerusi tahanan rumah.

Isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu sebelum ini menjadi perhatian susulan dakwaan mengenai kewujudan Titah Adendum yang dikatakan berkaitan kaedah pelaksanaan baki hukumannya.

Perkara itu turut melalui proses perundangan apabila Najib mengambil tindakan mahkamah berhubung kewujudan dan pelaksanaan titah berkenaan.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Jumaat sekali gus menjadi tumpuan susulan perkembangan berkenaan, khususnya mengenai sebarang keputusan berkaitan permohonan bekas Presiden UMNO itu.

The post Zahid harap keputusan terbaik buat Najib, serah kepada kebijaksanaan Agong appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved